:) ~ Ari Lasso-Potret-Sebelum Ujan-Puisi-Balkoni-Jolie...

:( ~ Sarkastik-Mee goreng mamak-Rumput basah...

********************

Album:
KLIK Hidup Aida!

********************

Kwn
Yus
Opie
Leez
Zafer
SayLo
Puspa
Che'Ah
Cherrie
Telosan
SandMan
VirusYoe
BukanDia
RockMania
Cikgu Vovin
Cenderawasih
NazimMasnawi
Penglipurlara
TentangSeseorang

********************

Bes
Naga
Pnut
Skrin
Azhan
Fajaril
Donny
SriDiah
MatJan
Yaabna
Gelihati
Skandal
Antropos
TokRimau
Semangat
D'arkampo
Sixthseal
MakAndeh
MamaIkmal
PajakGadai
NizamZakaria
AmizaKusyairi
AbdullahJones
SultanMuzaffar
abdullahJONESdua

********************

Yang Lepas2...
March 2004
April 2004
May 2004
June 2004
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
February 2006

********************

Gloomy Day!

MIMPI

Menunggu pujuk sebelum lelap
bantal lencun dada penuh ngilu
mahu tak usai duka tambah kejap
Mimpi semalam melata
berteleku
mengadap kisah anak-anakku
berdoa
bila mata terbuka kaki ini kering
...kamu
tega menyakitkan aku!

March 05, 2004 (Tasik Selatan)

~*~


BIAR

Renyukkan aku
lumat bawah sepatumu
lempar ke ujung dunia.
Siati aku
bakar apa yang tinggal
hanyutkan segenap lautan.
Alang-alang benci
jangan sampai tersisa dendam.

August 25, 2004 (Tasik Selatan)

********************

Makasih
Blogger
Blogskins
Layout

********************

-Lagu Kesyukaan-

     Olif-Tentang Rasa



































































































































































































































































































































































































































































































































web counter


Tuesday, July 26, 2005

Rindu

Mak elus rambut. Lembut-lembut sampai Zura rasa nak tidur.
"Main panas sampai kering rambut ni," leternya. Zura buat muka manja sambil menghulur sikat. Mak sikat pelan2 rambut yang dilumur minyak. Minyak rambut buatan sendiri menggunakan kelapa. Minyak yang kesannya menjamin rambut jadi lembut serta merta, lebih hebat dari kondisioner atau perapi macam iklan dalam tv.
"Lapar.." rengek Zura.
"Ingat tak nak makan dah. Main sampai tak ingat nak balik!" Mak sambung balik leterannya.
"Tunggulah, sekejap lagi ayah balik.." suara mak bertukar lembut. Zura angguk perlahan sambil menunggu mak mengikat reben di hujung rambut yang dijalin.

Di luar remang matahari membakar atap zink. Zura dah 3 kali berulang membuka peti sejuk, minum air. Sesekali dijengketkan kaki kecilnya menguis hujung tudung saji hingga terbuka sedikit. Ada ayam masak kari, ikan kering, ayam goreng, kangkung goreng belacan, kacang botor & sambal belacan.

"Mana ayah ni. Orang dah lapar..!"

~Ini bukan petikan cerpen @ novel. Aku cuma rindu.

Y

Penipuan
Kecurangan
Kepura-puraan
Tak membunuh aku

Tapi,

Serasa hampir mati
mengenang
mengingat
merindu

(Tak apalah, Tuhan itu Maha Tahu)


posted by areyoung at 4:03 PM

~~~*~~~

|
Wednesday, July 06, 2005

Arjunaku.. ;)

Pernah tak ko minat kat satu orang tu, tapi bukan setakat minat yang biasa2 tu, tapi minat yang tersangat sampai naik angau. Minat sampai sanggup potong keratan akhbar yang ada muka dia, tafsirkan setiap maksud di sebalik kenyataan yang dia keluarkan, bila tengok gambar dia cuba fikir apa yang ada dalam palotak dia... memanglah macam keterlaluan tapi ni perkara biasa berlaku pada budak2 pompuan nak2 masa sekolah menengah.

Member2 kamceng aku masa sekolah dulu mesti tau betapa aku minat kat mamat ni. Waktu dorang tengah minat Brad Pitt, Johny Depp, Badrul Muhayat, Azhar Sulaiman dll aku plak angau gile kat si dia ni yang bagi aku sangat2 berjasa pada dunia komik negara.

Aku ingat lagi, masa sekolah dulu member baik pernah usik aku. Dia kata satu hari nanti aku mesti dapat jumpa aku punya jejaka idaman tu.. tapi masa tu aku dah dapat capai cita2 aku nak jadi wartawanlah. Pastu dia siap pesan, bila aku dah jumpa si dia tu tu, jangan lupa call dia bagi tau. Sambil cakap tu dia gelak2 dan rasanya gelak tu lebih berbaur sarkas-tik (bukan sarkar-tik kawanku) dari tumpang gembira.

(Dan hari ni, aku sangat gumbira. Sapa kata angan2 takleh jadi kenyataan? Haa?! Haa?! Hahaha!!)

Dah, dah.. aku nak call member aku sekarang.




posted by areyoung at 4:42 PM

~~~*~~~

|

Arjuna Hati (sebuah post tertangguh)

Sesungguhnya aku melanggar cakap2 yang aku uarkan pada Faizal petang tu. Kata aku, aku takkan suka Titanic sebab aku pernah 2 kali cuba nak tonton vcd cite tu tapi setiap kali tu jugak aku tutup waktu Rose setat bukak cite pengalaman mudanya.

(Malam tadi aku tewas.) Aku nengok jugak Titanic walaupun aku dapat merasakan contact lens aku dah mula mengering.

Akhirnya, rasa kantuk menang. Aku tinggalkan nanie menyanyi lagu "Hatiku Akan Teruskan" kat luar, aku menapak masuk bilik.

Baru nak tutup suis lampu, Arjuna di birai katil memanggil aku...!












































Whoaa... jam sudah pukul 1.30am tapi aku belum lena. Mata yang tadinya merah berair dah bertukar segar bugar. Aku tak dapat berhenti dari membaca "Arjuna Hati". Gileh! Akhirnya aku ketemu novel yang aku cari2, yang mampu menahan aku, bukan saja dari tidak berhenti membaca, malah tidur!

~Ngantuk ar wei. Kamera nampak tak kalau aku tidur bawah meja Saylo? ;p


posted by areyoung at 4:28 PM

~~~*~~~

|