:) ~ Ari Lasso-Potret-Sebelum Ujan-Puisi-Balkoni-Jolie...

:( ~ Sarkastik-Mee goreng mamak-Rumput basah...

********************

Album:
KLIK Hidup Aida!

********************

Kwn
Yus
Opie
Leez
Zafer
SayLo
Puspa
Che'Ah
Cherrie
Telosan
SandMan
VirusYoe
BukanDia
RockMania
Cikgu Vovin
Cenderawasih
NazimMasnawi
Penglipurlara
TentangSeseorang

********************

Bes
Naga
Pnut
Skrin
Azhan
Fajaril
Donny
SriDiah
MatJan
Yaabna
Gelihati
Skandal
Antropos
TokRimau
Semangat
D'arkampo
Sixthseal
MakAndeh
MamaIkmal
PajakGadai
NizamZakaria
AmizaKusyairi
AbdullahJones
SultanMuzaffar
abdullahJONESdua

********************

Yang Lepas2...
March 2004
April 2004
May 2004
June 2004
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
February 2006

********************

Gloomy Day!

MIMPI

Menunggu pujuk sebelum lelap
bantal lencun dada penuh ngilu
mahu tak usai duka tambah kejap
Mimpi semalam melata
berteleku
mengadap kisah anak-anakku
berdoa
bila mata terbuka kaki ini kering
...kamu
tega menyakitkan aku!

March 05, 2004 (Tasik Selatan)

~*~


BIAR

Renyukkan aku
lumat bawah sepatumu
lempar ke ujung dunia.
Siati aku
bakar apa yang tinggal
hanyutkan segenap lautan.
Alang-alang benci
jangan sampai tersisa dendam.

August 25, 2004 (Tasik Selatan)

********************

Makasih
Blogger
Blogskins
Layout

********************

-Lagu Kesyukaan-

     Olif-Tentang Rasa



































































































































































































































































































































































































































































































































web counter


Friday, May 20, 2005

Tentang Dia (Dari lensa seorg peminat Melly Goeslow)


























Semalam aku, B, Saylo, Nani, Maman & Adin pergi tengok Tentang Dia. Ni kali pertama kitorang nak tengok cite ni kecuali Nani, utk kali ke 2. Sebab? Cite ni best gile untuk orang cam dia.. kata dia.

Secara ikhlas aku kecewa skit bila permulaan cite tunjuk si Gadis berlari kat atas apakenamatah di gym. Aku rasa dah selalu sangat tengok movie yang memaparkan adegan camni. Aku bukan movie buff, tak dapatla aku nak ingat movie apa, walaupun itu barangkali untuk dijadikan pembayang perasaan Gadis yang ingin terus berlari walaupun kehidupan cintanya terhenti ~cinta yang selama ini bisa dimenungkan dia berjam2 lamanya telah tiada apabila bf nya curang ngan kawan baik sendiri. Mujur, soundtrack Melly merelaxkan aku yang termengah2 sebab terlewat masuk. (Benci betul, aku terlepas tengok trailer2 movie akan datang & iklan tutup henfon yang aku suka tuh!)

Aku tak tengok movie2 endon sebelum ni. Ada Apa Dgn Cinta, Eiffel I'm In Love, Pasir Berbisik ke.. sume aku tak hadap pun. Walaupun aku gemarkan drama, AADC tak mampu menarik aku untuk lekat depan tv @ beratur beli tiket wayang. Tentang Dia aku nak tengok sebab Nani kata best, Melodi kata best & soundtrack dia pun best.

Pertengahan movie agak draggy bagi aku. Aku tak pasti sama ada scene2 tertentu dah dipotong hingga membuatkan aku tercangak2 bila Gadis tiba2 salah faham yang Rudi suka kat dia sebab dia lesbian atau aku yang tak perasan. Dan lebih menghampakan, scene apabila Gadis suruh Rudi pukul dia untuk buktikan yang dia bukan lesbian. Tak cukup berkesan untuk menguatkan salah faham Gadis hingga mendorong dia meninggalkan Rudi di seberang jalan... immatured sesangat!

Apabila Rudi batuk2 di atas tilam kumal, aku sangat2 berdoa semoga tangan yang dia tekup kat mulut tak akan terkesan darah, dan semoga apabila Gadis bukak tv, tak terus keluar berita yang mengejutkan, dan semoga Rudi akhirnya tidak mengetuk tingkap kereta semasa Gadis menangis kerana berasa bersalah atas kelalaiannya melayan perasaan hingga terlanggar Rudi, dan jangan ada adegan Randu menunggu dalam hujan, dan... arghhhh!

Aku masih sukakan skrip Titien Wattimena ini sebenarnya. Siapalah aku untuk menilai / bercakap tentang bahasa namun secara peribadi aku merasa tulisan Titien tidak berjiwa sangat, sebagaimana hasil garapan Melly Goeslow dalam lirik2 lagunya ~yang selalu menyentuh hati aku kerana kejujurannya. Meskipun filem ini diangkat hanya dari cerpen kecil Melly yang jugak bertajuk 'Tentang Dia', sekurang2nya aku tetap merasakan 'kehadiran' Melly dalam penceritaannya, syukurlah.

Tentang Dia berbaloi untuk ditonton, (sungguh) ~sungguhpun lakonan Gadis & Rudi kurang menyentuh bagi aku, & sayang betul filem sebegini ditangani oleh pelakon2 yang bila kita tengok kita tau dia tengah berlakon. (Itu bagi akulah, bagi orang lain aku tak tahu...).

Keseluruhannya bagi aku, Tentang dia berdiri kerana skrip, puisi2 cinta yang mampu difahami budak2 remaja kita & tentunya karena (karena!) adegan Gadis duduk di atas bangunan dengan separuh buntutnya terdedah ~buat penonton terus2an ternanti bila lagi Gadis akan melepak di atas bumbung ;p

~Tentang Dia adalah tentang orang kurus. Kesemua pelakon utamanya kurus2 belaka kecuali pelakon tambahan yakni kawannya si Wirda. (Iya, Wirda pelajar perempuan paling cantik yang berjalan bersama 2 orang pengiring yang menaruh hati pada hero kampus, tapi kecewa sebab cinta tidak berbalas.


posted by areyoung at 3:06 PM

~~~*~~~

|
Tuesday, May 10, 2005

Sajak (?) Untuk Aku

Berbagai cara boleh ditakdirkan Yang DiAtas Sana untuk hamba-nya bertemu, & aku tak fikir aku akan jumpa lagi kawan seperti dia. Dia ingin kenal atas niat yang bukan2 & akhirnya, banyak kali menjadi tangan untuk aku ketika diperlukan.

Dia tak pernah serik untuk menasihati aku yang keras. Aku sedar dia pernah cuba untuk memasuki dunia kelabu, sebagaimana dia ingin merasa apa yang kebanyakan orang muda cuba, tapi mungkin (aku fikir) solat berjaya membuatkan dia lelah untuk berada di kelompok yang asing untuk dia. Dan aku, tetap keras macam batu.

Dia dah nak kahwin!

Kami bertemu untuk berkongsi cerita, barangkali. Noktah.

TAMAT (?)


~**~


Walk away (again).

Hilang lagi
Pergi tak kembali
Dahulu pergi tanpa kesan
Tanpa berita
Tiada jejak untuk dijejaki
Tiada bayang untuk dibayangi

Kini dia pergi lagi
Membawa cerita lara
Membawa bersama hasil rasa
Walau pergi dgn berisyarat
Namun pergi tetap pergi

Tak tercapai untuk memaut
Tak tergarap untuk memeluk
Semoga pergi beroleh berkat
Semoga disana terpaut erat
Bersama soleh dan solehah
Bersama indah dan hasanah

Harap bersua jua
Bertanya khabar berita
Sebagai teman, sebagai saudara.

Pencinta laut & hutan,
UKM.


posted by areyoung at 9:22 AM

~~~*~~~

|