![]() |
![]() |
![]() |
|
:) ~ Ari Lasso-Potret-Sebelum Ujan-Puisi-Balkoni-Jolie... :( ~ Sarkastik-Mee goreng mamak-Rumput basah... ********************
Album:
********************
Kwn
********************
Bes
********************
Yang Lepas2...
********************
Gloomy Day!
~*~
********************
Makasih
******************** -Lagu Kesyukaan- Olif-Tentang Rasa web counter |
|
Terima Kasih Abang
Ni cite pasal abang. Abang banyak berjasa dalam hidup ni. Dialah orang yang membuatkan aku minat dunia penulisan. Aku takkan lupa sewaktu darjah 3, setiap bulan aku kena kayuh basikal beli majalah REMAJA untuk dia. (Tak sangka, akhirnya aku kerja kat Karangkraf :)). Abang minat menulis. Kat umah dia suka dok diam2 kat atas (rumah kami macam kebanyakan rumah orang utara, 2 tingkat) & menulis cerpen. Aku jadi pembaca tetap karya2 dia & hingga sekarang pun aku masih ingat betapa bermutunya penulisan abang. Malah aku tau masa mak belikan mesin taip untuk aku melempiaskan minat menulis waktu aku tingkatan 3 tu pun mesti dengan sokongan penuh abang. Masa berlalu, abang menjadi kasar bagi aku. Mungkin lumrah budak lelaki macam tu kot, sebab kebanyakan saudara lelaki kawan2 aku pun macam tu aku tengok. Hinggalah.. akhirnya abang berubah setelah bekerja jauh dari keluarga. Ganti nama diri bukan lagi aku tapi abang, dan suaranya pun lembut kena pada tempatnya. Balik raya haji lepas, abang bagi tau dia dikecewakan. Setelah komitmen diberi seratus satu persen si perempuan beritahu dia terpaksa mengikut pilihan keluarga. Sakit hati dia, berbekas di hati aku jugak. Nak aku tuding salah pada perempuan kesayangannya tu tapi memandangkan hati dia masih memberat percaya pada perempuan tu aku cuma mampu bagi bujukan klise 'bunga bukan sekuntum'. Aku simpati pada abang bila saudara mara menyindir tentang jodoh sedangkan waktu yang sama tunangan tak jadi abang sedang bersanding ngan orang lain. Aku faham betapa pedihnya hati dia waktu tu. Hari ni aku betul2 gembira. Abang akan bertunang & aku tau dia sudah ketemu bahagia yang dia hilang. Sepanjang jalan dia asyik bercerita Lin itu, Lin ini.. & muka dia penuh semangat bila cerita tentang perancangan hidup lepas ni. Aku cuma sengih sambil menikmati saat2 berkongsi cerita hidup yang jarang kami buat. Sesungguhnya apa pun milik aku hari ini bersusur galur dari kasih abang pada adiknya ni. Mungkin ucapan terima kasih dari aku untuk segala pengorbanan dia pada keluarga takkan terucap dari mulut ni, sama seperti dia berkorban tenaga, wang ringgit & usia muda untuk keluarga tanpa kata2. posted by areyoung at 9:57 AM
Bukan Cinta Biasa
Aku takkan boleh nafikan yang jauh dalam hati aku selalu terfikir hidup akan lebih bagus kalau mengikut kisah biasa. Belajar rajin2, masuk universiti, bercinta ngan budak satu u, keje 2 tahun, kawin... Semalam aku ke Mid Valley. Tunggu punya tunggu lalulah sorang perempuan Melayu, bertudung. Tangannya digenggam erat seorang lelaki Cina. Sambil berjalan heroin berkata sesuatu & pasangannya merenung penuh cinta. (Aku taulah... aku nampak kat mata dia!) "Huaa... husband dia Chinese.. romantik plak tu.." "Husband ker?!" "Occay.. .. .. the point is, aku nampak CINTA tu!" Bukan cara yang biasa kekadang menerbitkan konflik tapi hasilnya mungkin lebih dramatik kan! posted by areyoung at 2:41 PM
|