:) ~ Ari Lasso-Potret-Sebelum Ujan-Puisi-Balkoni-Jolie...

:( ~ Sarkastik-Mee goreng mamak-Rumput basah...

********************

Album:
KLIK Hidup Aida!

********************

Kwn
Yus
Opie
Leez
Zafer
SayLo
Puspa
Che'Ah
Cherrie
Telosan
SandMan
VirusYoe
BukanDia
RockMania
Cikgu Vovin
Cenderawasih
NazimMasnawi
Penglipurlara
TentangSeseorang

********************

Bes
Naga
Pnut
Skrin
Azhan
Fajaril
Donny
SriDiah
MatJan
Yaabna
Gelihati
Skandal
Antropos
TokRimau
Semangat
D'arkampo
Sixthseal
MakAndeh
MamaIkmal
PajakGadai
NizamZakaria
AmizaKusyairi
AbdullahJones
SultanMuzaffar
abdullahJONESdua

********************

Yang Lepas2...
March 2004
April 2004
May 2004
June 2004
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
February 2006

********************

Gloomy Day!

MIMPI

Menunggu pujuk sebelum lelap
bantal lencun dada penuh ngilu
mahu tak usai duka tambah kejap
Mimpi semalam melata
berteleku
mengadap kisah anak-anakku
berdoa
bila mata terbuka kaki ini kering
...kamu
tega menyakitkan aku!

March 05, 2004 (Tasik Selatan)

~*~


BIAR

Renyukkan aku
lumat bawah sepatumu
lempar ke ujung dunia.
Siati aku
bakar apa yang tinggal
hanyutkan segenap lautan.
Alang-alang benci
jangan sampai tersisa dendam.

August 25, 2004 (Tasik Selatan)

********************

Makasih
Blogger
Blogskins
Layout

********************

-Lagu Kesyukaan-

     Olif-Tentang Rasa



































































































































































































































































































































































































































































































































web counter


Tuesday, March 15, 2005

Kehilangan Yang Berlegar

Apa perasaan ko kalau ko kenal orang tu, pernah dok semeja ngan dia pekena teh tarik, selalu berbalas senyum, pastu tiba2 ko dapat tau dia dah meninggal. Walaupun tak rapat, mesti hati ko tetap tersentap kan. Ok, itu reaksi biasa tapi macam mana pulak kalau dia dikhabarkan meninggal dalam keadaan yang 'luarbiasa'? Kalau tak terasa, elok berenti jadi manusia!

*******

Ketika di rumah lama dulu, saban petang @ malam aku pasti melihat abang tu. Duduk di kerusi kegemarannya di luar restoran A*an*ur, kedai mamak yg dibukak 24 jam. Biasanya dia akan duduk bersama kawan2 dia, orang kat situ2 jugak. Kalau tak melepak ngan kawan2 dia yang kebanyakannya 30-an ke atas, dia akan duduk di bangku belakang stall burger tepi kedai mamak tu berborak ngan brader yang jual burger.

Walaupun setiap hari aku melihat orang yang hampir sama kat kedai mamak tu, (aku pun hampir setiap hari bersidai kat situ)... abang ni yang paling 'terkesan' kat hati aku. Sebabnya, kawan2 dia sume nampak tak semenggah, tapi abang ni lain. Mukanya memang serius, tapi nampak ramah. Dengan loghat utara yang pekat, aku agak dari situlah dia dapat gelaran namanya, satu tempat di negeri Kedah. Satu yang aku perasan, mata dia ni memang meliar sikit. Pernah jugak aku risik2 dia ni kerja apa, tapi jawapan yang aku dengar, dia ni kemungkinan CID.

Walaupun selalu melepak kat kedai mamak, abang ni bukan jenis lelaki yang gatal @ suka mengusik pompuan. Cerita yang keluar dari mulut dia pun kedengaran bijak2 aje & dia suka mengangkat tangan pada mana2 orang yang dia kenal. Pernah satu hari tu, dia sound sorang artis remaja yang dok kat apartmen berhampiran sebab order burger dari dalam kereta. "Apa hang ingat sebab hang artis, tak rheti nak keluaq kheta order?"

Ada gak aku terfkir, dia ni ada anak bini ke tak hinggalah akhirnya aku terserempak dia bawak bini ngan anak dia yang masih baby naik motor kapcai sebelum aku pindah Shah Alam.

Sesungguhnya hanya arwah & ALLAH Taala yang tau apa sebenarnya terjadi. Kalau bini dia tak caya dia terlibat, aku pun rasa macam susah nak percaya. Hati aku turut sakit apabila membaca paper2 utama yang menghentam dia habis2an walaupun yang terlibat tu ramai. Walaupun dia dah tak ada, keburukan hidup dia dipampang seluruh negara demi menjaga imej jabatan tempat keje lamanya. Kononnya jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Pak Lah pun turut keluarkan statement yang dalam erti kata lain bangga sebab dia berjaya dihapuskan. Bukan aku nak kata yang dia tak salah... mungkin jugak betul semua yang dipaparkan tu, tapi aku rasa sedih sebab seseorg yang aku kenal mati dalam keadaan aib & diaibkan. Apa perasaan bini, mak ayah, anak & adik beradik dia? (Dan kerana aku tau kat kedai mamak tu ada lagi pelepak tegar yang terang2an lagi jahat & setan dari dia, menghancurkan hidup dak pompuan tanpa belas. Damn!)

~Hari Sabtu sebelum habis Anugerah Sri Angkasa aku & Che'ah bergegas tinggalkan PWTC untuk ambik sepupu Che'ah & awek dia. Tengah malam tu aku dapat berita ayah awek sepupu Che'ah kat Negeri 9 meninggal. Malam esoknya, aku tersentak dapat berita pasal kematian Abang *odian*. Dan malam tadi, opah Vovin pulak sudah ke Rahmatullah. Al-Fatihah untuk semua...


posted by areyoung at 10:47 AM

~~~*~~~

|
Thursday, March 10, 2005

Mulut

Masa kecik2 dulu -sewaktu akal belum aku junjung atas kepala, banyak sungguh silap pada mak yg aku buat kerana mulut. Mewarisi sikap perengus (dan manja tak tentu hala) dari ayah, selalu terkeluar kata2 yg tak sepatutnya.

Mak memang hangin betul bila anak2nya kurang ajar. Kadang2 aku tak bermaksud nak kurang ajar pun, tapi sebab rasa dah terdesak sgt nak tunjuk perasaan bengang (& of course sbb alasan yg aku tulis di ayat pertama), aku kuarkn kata2 dalam bentuk sindiran.

Kadang2 perkara ni berlaku kerana silap aku pun. Misal kata bila perintah mak aku buat acuh tak acuh, aku terpaksa bertanya sekali lagi. Mak pun naik angin lalu berleter. Hadui.. sapa suka kena leter kan. Bila situasi ni berlaku aku biasanya akan cakap dalam nada dengar tak dengar (sbb perasaan takut tak takut)... 'Dari mak dok bisin2 baik mak habaq je yg chek tanya tu, takyah lenguh mulut becakap.' Peh... kalau mak dengar pastu tak kena cubit, memang saja!

Bila dah besa gini, aku takut sgt kalau aku tergolong dalam kategori kuat berleter sebab sejak kecik aku dah tanam dalam otak, 'Terlalu banyak berleter bukan perkara yang betul'. Malangnya, aku kini menyedari kadang2 hanya leteran yg mampu buat orang bagi perhatian & paham.

~Aku penah dengar sorang mamat tu merungut, 'Kawin ngan org utara ni kena tahan telinga sebab bini kuat menyindir bila tak puas hati..' (Isk, mujo aku orang Pahang no!) :p


posted by areyoung at 1:36 PM

~~~*~~~

|