![]() |
![]() |
![]() |
|
:) ~ Ari Lasso-Potret-Sebelum Ujan-Puisi-Balkoni-Jolie... :( ~ Sarkastik-Mee goreng mamak-Rumput basah... ********************
Album:
********************
Kwn
********************
Bes
********************
Yang Lepas2...
********************
Gloomy Day!
~*~
********************
Makasih
******************** -Lagu Kesyukaan- Olif-Tentang Rasa web counter |
|
Muscle Museum - MUSE
She had something to confess to But you don't have the time so Look the other way You will wait until it's over To reveal what you'd never shown her Too little much too late Can you see that I am needing Begging for so much more Than you could ever give And I don't want you to adore me Don't want you to ignore me When it pleases you And I'll do it on my own I have played in every toilet But you still want to spoil it To prove I've made a big mistake Too long trying to resist it You've just gone and missed it It's escaped your world Can you see that I am needing Begging for so much more Than you could ever give And I don't want you to adore me Don't want you to ignore me When it pleases you And I'll do it on my own I'll do it on my own ~Tiap2 pagi aku musti pekena lagu ni dulu.Best tahap melantun! posted by areyoung at 9:23 AM
Aku Yang Fragile
Banyak sungguh perkara yang berlaku sepanjang cuti ni. Perkara yang tak pernah aku jangka, berlaku tiba2. Mendengar kata2 yang keluar dari mulut saudara2 buat aku tergamam, dan terkesima sekejap. Ada marah, kecewa & simpati yang berbaur untuk aku, dan itu sungguh2 buat aku terharu. Dia cuma menekur dinding, barangkali risau mengenangkan ego yang lumat. Sesungguhnya awal Muharram adalah titik mula sesuatu yang baru, membawa harapan yang sudah aku punggai jauh2 sebelum ini. Harapan masih hijau sebenarnya, tapi apa pun kesudahannya, aku kena, terpaksa & tak boleh tidak mesti terima. Dengan datangnya penghulu hari minggu ini, aku tidak mohon dianugerahkan berita yang gembira, sebaliknya aku berdoa biarlah apa pun yang berlaku nanti adalah keputusan yang terbaik untuk kesemua kami. Kalau bersambut, aku akan menjadi yang terbaik. Kalau kusut membawa putus, aku akan lepaskan selamanya... wajib! ............. Dalam pada aku berduka, teman sebilik & sekerja aku terpaksa menempuh pengalaman lebih pedih apabila kehilangan adik tersayang. Setiap kejadian dijanjikan hikmahnya, & barangkali sms dari Che'ah itu Dia utuskan untuk memberitahu betapa kalau berlaku 'kehilangan' pun dalam hidup aku, ada manusia menempuh yang lebih pedih dari itu. ............. Bulan ini penuh cerita. Minggu ini akan aku tempuh bersama denyut jantung yang hampir pecah membawa debaran. Aku sangat mengharapkan kawan sebilik untuk sentiasa ada jadi aku tidak terbawa dengan perasaan tapi aku sedar keluarga Che'ah tentunya lebih memerlukan dia dari aku. Sabarlah aku... Sabarlah Che'ah... (Walaupun sabar itu kadang2 buat kita jadi bingung dan bangang.) posted by areyoung at 9:56 AM
Pindah
Penatnya, dah 3 hari tak abis2 lagi angkut barang (walaupun aku cuma tukang jaga pintu lif tak bagi terkatup). Maklumla... pakai van katakan, nak jimat punya pasal...! ~ Aku sedang mengosmosiskan diri ngan Shah Alam : + Bilik penuh kotak + Fius lampu bilik air tebakar + Tingkap bilik bentuk curve :) + Napa mahal sangat bayaran memindahkan ASTRO? + Dia menjadi sangat prihatin! posted by areyoung at 11:19 AM
Still Ingat Aku?(YeaYea!)
Huuu... terharu sungguh aku bila baca utopia #52. Tima kasih la sebab ingat lagi kat aku..heheh. Aku skang ni keje tak brapa banyak lagi sebab actual mock up masih in progress tapi lagi 2,3 hari aku pasti setat terkejar2 ngan dateline. Kat sini manyak sungguh kursus yang dianjurkan untuk pekerja. Itu hari induksi, semalam plak kursus Undang2 Kewartawanan. Selain fasilitator yang kiut, hensem & klaka, paling best dah tentulah makan free! Induksi mengenalkan aku ngan org2 besar di belakang kompeni ni. Paling takleh lupa, bila aku kena dok sebelah tuan haji masa sesi dia. Klaka gile dia ni! Perjalanan hidup dia membuatkan aku terfikir kalaulah cite pasal dia difilemkan, movie tu mesti boleh bawak pegi bertanding kat pesta filem luar negeri punya (walaupun kutipannya nanti mesti tak dapat mengalahkan jumlah kutipan filem Kuli## Cinta!). Yang paling aku kagum, part dia menulis 8 pucuk surat sehari untuk curi hati orang yang dia cinta. Pehhhh! (Ada lagi ke lelaki camni? Toksah harap!!) Hmm, hari ni jugak aku bakal bergelar orang S. Alam sepenuhnya. No more Setapak! No more traffic jam! Dan selamat tinggal bangun pagi2..! Selepas berpindah kerja, ini adalah perubahan terbesar sebenarnya yang aku buat. Selamat tinggal Zuzi.. aku harap jadilah ko kawin tahun ni yek.. ;) Selesa ,gembira, klaka - buat masa ni, inilah yg aku rasa di tempat baru. Syukur Alhamdulillah... ~ Eh, napa aku plak yang kena open table kalo korang yang tengah bersukaria ngan duit bonus? Tak paham.. tak paham.. posted by areyoung at 2:04 PM
|