![]() |
![]() |
![]() |
|
:) ~ Ari Lasso-Potret-Sebelum Ujan-Puisi-Balkoni-Jolie... :( ~ Sarkastik-Mee goreng mamak-Rumput basah... ********************
Album:
********************
Kwn
********************
Bes
********************
Yang Lepas2...
********************
Gloomy Day!
~*~
********************
Makasih
******************** -Lagu Kesyukaan- Olif-Tentang Rasa web counter |
|
Tentang Dia (Dari lensa seorg peminat Melly Goeslow)
Semalam aku, B, Saylo, Nani, Maman & Adin pergi tengok Tentang Dia. Ni kali pertama kitorang nak tengok cite ni kecuali Nani, utk kali ke 2. Sebab? Cite ni best gile untuk orang cam dia.. kata dia. Secara ikhlas aku kecewa skit bila permulaan cite tunjuk si Gadis berlari kat atas apakenamatah di gym. Aku rasa dah selalu sangat tengok movie yang memaparkan adegan camni. Aku bukan movie buff, tak dapatla aku nak ingat movie apa, walaupun itu barangkali untuk dijadikan pembayang perasaan Gadis yang ingin terus berlari walaupun kehidupan cintanya terhenti ~cinta yang selama ini bisa dimenungkan dia berjam2 lamanya telah tiada apabila bf nya curang ngan kawan baik sendiri. Mujur, soundtrack Melly merelaxkan aku yang termengah2 sebab terlewat masuk. (Benci betul, aku terlepas tengok trailer2 movie akan datang & iklan tutup henfon yang aku suka tuh!) Aku tak tengok movie2 endon sebelum ni. Ada Apa Dgn Cinta, Eiffel I'm In Love, Pasir Berbisik ke.. sume aku tak hadap pun. Walaupun aku gemarkan drama, AADC tak mampu menarik aku untuk lekat depan tv @ beratur beli tiket wayang. Tentang Dia aku nak tengok sebab Nani kata best, Melodi kata best & soundtrack dia pun best. Pertengahan movie agak draggy bagi aku. Aku tak pasti sama ada scene2 tertentu dah dipotong hingga membuatkan aku tercangak2 bila Gadis tiba2 salah faham yang Rudi suka kat dia sebab dia lesbian atau aku yang tak perasan. Dan lebih menghampakan, scene apabila Gadis suruh Rudi pukul dia untuk buktikan yang dia bukan lesbian. Tak cukup berkesan untuk menguatkan salah faham Gadis hingga mendorong dia meninggalkan Rudi di seberang jalan... immatured sesangat! Apabila Rudi batuk2 di atas tilam kumal, aku sangat2 berdoa semoga tangan yang dia tekup kat mulut tak akan terkesan darah, dan semoga apabila Gadis bukak tv, tak terus keluar berita yang mengejutkan, dan semoga Rudi akhirnya tidak mengetuk tingkap kereta semasa Gadis menangis kerana berasa bersalah atas kelalaiannya melayan perasaan hingga terlanggar Rudi, dan jangan ada adegan Randu menunggu dalam hujan, dan... arghhhh! Aku masih sukakan skrip Titien Wattimena ini sebenarnya. Siapalah aku untuk menilai / bercakap tentang bahasa namun secara peribadi aku merasa tulisan Titien tidak berjiwa sangat, sebagaimana hasil garapan Melly Goeslow dalam lirik2 lagunya ~yang selalu menyentuh hati aku kerana kejujurannya. Meskipun filem ini diangkat hanya dari cerpen kecil Melly yang jugak bertajuk 'Tentang Dia', sekurang2nya aku tetap merasakan 'kehadiran' Melly dalam penceritaannya, syukurlah. Tentang Dia berbaloi untuk ditonton, (sungguh) ~sungguhpun lakonan Gadis & Rudi kurang menyentuh bagi aku, & sayang betul filem sebegini ditangani oleh pelakon2 yang bila kita tengok kita tau dia tengah berlakon. (Itu bagi akulah, bagi orang lain aku tak tahu...). Keseluruhannya bagi aku, Tentang dia berdiri kerana skrip, puisi2 cinta yang mampu difahami budak2 remaja kita & tentunya karena (karena!) adegan Gadis duduk di atas bangunan dengan separuh buntutnya terdedah ~buat penonton terus2an ternanti bila lagi Gadis akan melepak di atas bumbung ;p ~Tentang Dia adalah tentang orang kurus. Kesemua pelakon utamanya kurus2 belaka kecuali pelakon tambahan yakni kawannya si Wirda. (Iya, Wirda pelajar perempuan paling cantik yang berjalan bersama 2 orang pengiring yang menaruh hati pada hero kampus, tapi kecewa sebab cinta tidak berbalas. posted by areyoung at 3:06 PM
Comments:
Post a Comment
|
|