![]() |
![]() |
![]() |
|
:) ~ Ari Lasso-Potret-Sebelum Ujan-Puisi-Balkoni-Jolie... :( ~ Sarkastik-Mee goreng mamak-Rumput basah... ********************
Album:
********************
Kwn
********************
Bes
********************
Yang Lepas2...
********************
Gloomy Day!
~*~
********************
Makasih
******************** -Lagu Kesyukaan- Olif-Tentang Rasa web counter |
|
Bubye...
Memang susah untuk mengubah rutin, tapi itulah yang perlu dibuat sebab hidup ini kan tak statik. Sama ada berubah bersama masa, atau terima saja tanpa banyak bunyi. ...Dan aku memilih untuk mengubah, kerana sekurang2nya itulah yang aku nampak terbaik buat masa ini. Selamat tinggal Tasik Selatan! Shah Alam, nantikan penghuni barumu... :) posted by areyoung at 2:57 PM
|
Melepas Rasa
Bulan ni aku banyak berperang dengan perasaan, jadi banyak jugak masa aku habiskan kat panggung wayang untuk melupakan sekejap perasaan yang tak perlu ada. Aku gi screening cite Hul Chul & The Aviator, aku gi tengok Alexander & The Forgotten dengan Wana & aku jugak menghabiskan masa menutup mata tengok cite Shutter sengsorang (aku mahu perasaan ketakutan membunuh perasaan bodoh dalam otak!) Dari 5 movie ni, The Aviator adalah movie mesti tonton bagi aku. Pasni nak kena cari DVD dia plak, pasal movie camni memang berbaloi utk diulang tengok. Aku tunggu kesempatan untuk tengok Kungfu Hustle & Meet The Focker. Stephen Chow adalah pelawak paling pengotor tapi aku suka. Sampai ke hari ini aku boleh tergelak sengsorang kalo teringat scene2 dalam cite King of Comedy lakonannya. Sejak akhir2 ini aku suka menonton movie & tah napa, aku jugak tiba2 suka berangan mengingatkan buku2 cereka yang suka aku baca masa kanak2 dulu. Mungkin, aku mengimpikan hidup akan jadi mudah & indah macam lakonan & buku cerita. Hakikatnya hidup ini tak mudah. Sangat payah, & aku terpaksa berjuang juga walau apa pun! posted by areyoung at 9:18 AM
Lagu & Sumpahan..?
Betul ke... lagu yang selalu dinyanyikan akan menjadi kisah yang nyata dalam hidup orang yang melagukannya berulang2 kali? Tah a... tapi aku penah terbaca tentang ni. Mmm, mungkin ada kebenarannya jugak kan, sebab sesuatu yang terucap berulang kali dari mulut tu kan kiranya macam doa. Atau mungkin ia akan menjadi kenyataan kalau orang yang terbaca artikel tentang ni percaya dan yakin kat hati dia akan jadi macam tu. Mungkin jugak! Satu waktu (yang panjang) dulu, aku penah suka satu lagu Rock kapak. "Cinta Kain Putih" tajuknya. Kumpulan Putra yang nyanyi lagu tu, kalo tak silap aku. Liriknya bermula ngan "Ku jalan sendiri... tiada tempat untuk menanti... " Dan sudahnya, cam lebih kuang gitulah yang jadi kat aku tak lama pastu. Ada satu orang tu pulak, suka betul lagu Axl, apa tah tajuknya. Antara liriknya, "... pergi meninggalkan dirimu, tanpa kuduga lilin menjadi bara, gurauan menjadi dilema prasangka." Haa... pun jadi camtu jugak! Hm, penah dengar tak pasal lagu "Gloomy Sunday"? Lagu yang di-banned sebab ia dikatakan menjadi punca banyak kejadian bunuh diri. Kebanyakan kes dianggap bersangkut paut ngan lagu ni sebab si pembunuh diri biasanya buat keje bodoh tu selepas dengar lagu ni atau selepas mencatat lirik lagu ini. Setelah mencatat kegemilangan sbg manusia yang hebat ngan karya depress yang melampau, penulis lirik lagu ni, Rezso Seress menurut jejak langkah beberapa pendengar bodohnya dengan terjun dari flat pada tahun 1968. Sama ada dia memang depress @ benar2 nak membuktikan karyanya ni memang berhantu, dia & tuhan saja yang tahu! ~Peringatan : Jangan biarkan lirik lagu menguasai hati & minda anda..! :p Green Day Boulevard Of Broken Dreams I walk a lonely road The only one that I have ever known Don't know where it goes But it's home to me and I walk alone I walk this empty street On the Boulevard of broken dreams Where the city sleeps And I'm the only one and I walk alone I walk alone, I walk alone, I walk alone, I walk a... My shadows the only one that walks beside me My shallow hearts the only thing that's beating Sometimes I wish someone out there will find me Till then I walk alone Ah-Ah Ah-Ah Ah-Ah Ahhh-Ah Ah-Ah Ah-Ah Ah-Ah I'm walking down the line That divides me somewhere in my mind On the border line of the edge And where I walk alone Read between the lines What's ***ed up and everythings all right Check my vital signs to know I'm still alive And I walk alone I walk alone, I walk alone, I walk alone, I walk a... My shadows the only one that walks beside me My shallow hearts the only thing that's beating Sometimes I wish someone out there will find me Till then I walk alone Ah-Ah Ah-Ah Ah-Ah Ahhh-Ah Ah-Ah Ah-Ah I walk alone, I walk a... I walk this empty street On the Boulevard of broken dreams Where the city sleeps And I'm the only one and I walk a.. My shadows the only one that walks beside me My shallow hearts the only thing that's beating Sometimes I wish someone out there will find me Till then I walk alone ~Baru realised, this song is all about 'walk alone'... (Tidakkk!) posted by areyoung at 7:16 PM
Where Were We?
Kat mana tah aku baca baru2 ni, aku pun dah lupa. Tapi apa yg aku baca tu tertulis, kalau nak pilih seseorg sebagai teman hidup, pilih 'someone u cannot live without', bukan 'someone u can live with'. Dan kerana itu minggu2 yang berlalu dengan dia terlalu sibuk merencana diri & kerjanya di bulan2 terakhir tahun ini aku telan tanpa banyak bunyi. Kesimpulannya...? Well... rindu untuk dia sudah hampir kering! posted by areyoung at 1:04 PM
Aku Innocent! ;;)
Semalam hampir satu floor 3 dapat memo pasal datang lambat tapi aku terlepas sebab kebetulan ter-datang awal plak.. heheh. Dan hari ini, aku sampai opis melewati pukul 10am. Gila ah ding dong. Tapi itu bukan salah aku okey, aku bangun awal hari ni. Mengetahui yang hari ni dia ada urusan yang lebih penting dari hantar aku ke opis, aku mintak tolong kawan aku nak tumpang keta dia. Sekali bila aku dah sampai Setiawangsa, dia bleh MC plak. Terpaksa aku naik PUTRA sampai masjid jamek, tukar ke STAR plak sampai Tasik Selatan. Tu dah amik masa dekat setengah jam padahal kalau naik keta tak sampai 15 minit. Dan untuk kali ke dua ratus aku menyesal sebab terlalu 'memanjakan' diri tak nak usaha jugak2 sampai cekap bawak keta. (Eh.. tu pun bukan salah aku. Tukang ajar tu garang sangat, sampai aku takde mood nak pegang stereng.) Kesimpulannya, manusia tak suka nak salahkan diri sendiri termasuklah aku jugak :p. ~Tapi mood aku okey, sebab aku bayar RM3 untuk naik teksi ke opis dari LRT yang cuma ambik masa 3 minit untuk sampai kalau jalan kaki. Walaupun mahal nak dibandingkan nilainya, itu berbaloi sebab itu bukan harga penat nak naik jejantas, tapi harga sebuah mood di pagi hari ni. posted by areyoung at 10:25 AM
Sabar Ini Mencecah Bumi
Waktu sekolah kita boleh ketemu sahabat kerana waktu itu dunia masing2 belum luas, tercakup dalam ruang lingkup antara sekolah & rumah sahaja. Hari ini - kau tersenyum berdekah2 ngan member yang dok sebelah meja ko kat dalam opis, entah2 dia sebenarnya salah sorang ahli Al-Qaeda yang merancang serangan bom di WTC tempoh tahun. The point is, ko susah nak kenal dengan sapa ko berhadapan sekarang. Malah budak yang duduk serumah sewa ngan ko di Segambut mungkin boleh buat cerita pasal ko malas basuh cawan tersebar sampai ke Inanam, Sabah. Huh, susah sungguh nak jumpa orang yang boleh aku, ngko & dia percaya sekarang kan. (Jangan sok lusa ko kata aku jenis tak memahami. Sampai begini sekali aku cuba memahami ko). Jadi mungkin sebab itu kot, ko sendiri tak percaya kat aku walaupun aku persembahkan ikhlas bertahun lamanya. Kalau tak, takkanlah ko terus suruh aku bersabar menanti... dan menanti... dan menanti... ~Hapa, engkau ingat aku bateri Everedi? posted by areyoung at 2:21 PM
Novel kebanggaan Vovin (aku tumpang bangga gak..) Wat Ombak Untuk Vovin Waah.. aku dapat bayangkan camana kegembiraan Nazri aka Vovin bila novel sulungnya dah keluar kat market. Tambah best plak lagi bila penyanyi pujaan dia bergambar ala2 manja ngan buku tu. Timbul gak jeles kat hati ni sebab aku pun teringin jugak nak ada novel sendiri. Tapi takpelah, mungkin belum sampai waktunya sebab aku tak serajin & sehebat Vovin. Aku memang minat menulis & kalaulah tidak kerana minat tu aku tak fikir aku menganggap antara perkara paling bertuah dalam hidup ni adalah mencari rezeki dengan hati yang gembira. Aku sangat bersyukur kerana aku tidak termasuk dalam kelompok yang tertekan dengan kerja dorang sebab ia tidak sama ngan minat tapi terpaksa diteruskan demi memastikan ada uang yang masuk dalam akaun setiap bulan. Tekanan kerja tu biasalah... tapi aku tak pernah menyesal & selalu merindui kerja bila dah lama tak sentuh keyboard. Aku sangat berterima kasih pada mak. Macam remaja yang lain dulu aku selalu rasa mak kadang2 payah nak meneka hati ni, tapi perkara paling bermakna ialah bila mak hadiahkan mesin taip 2nd hand pada aku sewaktu aku di tingkatan 3. Waktu tu hati aku tengah murung sebab baru berpindah sekolah (blah asrama balik dok umah). Bila dah dapat mesin taip buruk tu boleh dikatakan tiap2 malam aku dok menaip je sampai member2 abang aku yang selalu datang bertandang kat umah waktu malam pun naik heran. Yelaa... mesin taip tu bukannya jenis elektrik, yang manual punya tu. Jadi ko bolehlah bayangkan camana bunyinya kan. Haha... klaka bila bayangkan. Masa tu aku punyalah minat mengarang & melukis komik sampai aku terfikir nak berenti sekolah (ya.. aku mmg emosional orangnya). Tapi mujurlah pikiran aku taklah serong sepanjang waktu jadi bila tersedar aku tersengih sendiri memikirkan camanalah aku boleh terfikir nak wat camtu. Adik2 yang menjadi pengkritik bebas & minat yang menggunung adalah tulang belakang terpenting sebenarnya yang mengasah bakat aku yang tak seberapa ni. Masa tu plak budak2 skolah seluruh negara kan tengah demam baca majalah Ujang, & aku salah sorang daripadanya. Cerpen bertajuk "Kebarung Hijau Pucuk Pisang" adalah karya pertama aku cuba hantar & alhamdulillah, dalam isu Oktober '95 tak silap aku cerpen tu kuar. Masa tu aku tengah belek2 Ujang yang member aku beli & terperanjat bila tengok tajuknya. Bila aku baca, sahlah tu cerpen yang aku karang tapi apasal nama penulisnya ditaruk "Adiwijaya"? Balik tu aku tipon opis majalah tu tapi editor dia kata tu bukan salah dia, tapi salah sapa tah. Dia mintak fotostat ic utk urusan pembayaran tapi aku tak hantar pun pasal aku rasa leceh. Lagipun apa lagi yang lebih menggembirakan budak seusia aku selain tengok tulisan dia tersiar kat majalah kan? In-syaallah, satu hari nanti aku nak buktikan yang aku mampu punya novel sendiri macam kau jugak Vovin... heheh. (Ya, ada novel sendiri walaupun belum tentu orang nak beli ;)). Eh, eh... aku nak cerita pasal novel Vovin tapi tercerita pasal diri sendiri plak. Buat Vovin aku nak ucapkan selamat berjaya & aku yakin mentaliti masyarakat skang dah tak kesah walaupun jalan ceritanya tidak bertunjangkan kisah cinta semata2. Sudah tentu, Ahmad Patria & Ahadiat Akasyah berdiri di kedudukan sama walaupun duduk di kerusi berlainan. Atau kalo ko tak percaya gak cuba tanya Tomok... ~Sejak akhir2 ni makin menjadi2 plak aku mengarut! :p posted by areyoung at 7:25 PM
Demi Masa
Dah dua hari net buat hal. Lembab giles *abesh. Tambah memburukkan keadaan dah 2 hari plak aku asik tido lambat, so bila gi opis jadi tambah ngantuk bila nak wat keje pun asyik nak kena nunggu lama.. baru browser tebukak. Semalam tengah dok bz2 kena gi interbiu VE kat EMI plak & ari ni kena gi minum teh CT kat Golden Horses jap lagi. Nanti kul 7.00pm ada plak appoinment ngan Ahli Fiqir. Haduiii... rasa cam nak balik tido je. Penat pala lutut ngan palotak aku. Semakin hampir hari itu, aku jadi makin risau. Minggu pertama bulan 12 sudah tamat dengan dia terkejar2 urusan hidupnya sedangkan aku kaku menunggu. Minggu kedua akan tiba & dia awal2 lagi dah bagi tau betapa sibuknya minggu ini. Mungkin minggu ketiga akan dipenuhi janji sahaja & minggu keempat berakhir tanpa apa2. Aku tak tahu, & sudah penat untuk cuba tau. Aku tak mahu faham lagi, sebab dah sampai waktunya aku rasa muak. Yang nyata aku paling takut kalau aku tak cukup kuat untuk mengotakan janji pada diri. Waktu2 camni buat aku rindu pada mak, walaupun mak tak pernah ingin mendakap aku. posted by areyoung at 1:39 PM
Riwayat Serumpun Anggur
Dah lama tak jalan kaki dari LRT ke opis & pagi tadi aku buat. Mungkin sebab hati aku tak bersih agaknya jadi hampir sepanjang perjalanan ke tempat keje hari ni aku memasamkan muka & menyumpah2 dalam hati. Teruk betul aku ni... takleh nak bersusah skit! (Bukan salah aku jugak... sapa soh teksi lambat sangat nak timbul pagi tadi!) Sebaik turun dari tangga jejambat aku melewati kawasan perumahan 2 tingkat belakang Shell tu. Setiap kali aku lalu sini, aku mesti nak perhatikan pokok anggur kat sebelah kanan yang ditanam sebelah pokok pelam. Mulanya dulu aku pun tak perasan itu adalah pokok anggur kalau tak 2 orang pompuan mana tah yang turut berjalan nak ke LRT satu waktu dulu tak bising2 ngan kawan dia tunjukkan setangkai anggur yang baru sebesar hujung jari kelingking. Pokok anggur tu dah separuh kering. Aku rasa bukan sebab cuaca aje dia mati tapi sebab tak terjaga. Aku fikir camtu sebab kolam kecik bawah pokok anggur tu pun kering & berlumut tak dibersihkan. Mungkin penanamnya dah bosan, malas @ apa2 jelah, pokok anggur tu pun jadi mangsa. Lantaklah pokok anggur tu... buat apa aku nak fikir sangat sebab bukannya orang yang tanam tu nak pelawa aku makan pun kalau buahnya masak, aku pikir pastu. Tah apa kaitannya tah, pokok anggur yang mati tiba2 buat aku sayu. Mungkin... (mungkinlah) bila tengok pokok anggur tu separuh mati dek kerana penanamnya dah tak jaga buat aku sedih (walau berbaur ngan tak brapa kisah)sebab dahlah penanamnya tak jaga, cuaca 2,3 bulan lepas panas plak tu. Bila ditimpa dugaan bertimpa2 pokok yang begitu susah nak ditanam & dijaga akhirnya mati dengan mudah. Oh, pokok ni satu2nya saksi yang mengujakan bila aku kena jalan kaki gi keje. Dan apa ironinya ngan aku plak ek? Hahaha... aku pun tak tau apa yang aku merepek ni!! ~Ya, surat 'memohon diri untuk pergi' tu dah aku serahkan semalam... posted by areyoung at 10:03 AM
|