:) ~ Ari Lasso-Potret-Sebelum Ujan-Puisi-Balkoni-Jolie...

:( ~ Sarkastik-Mee goreng mamak-Rumput basah...

********************

Album:
KLIK Hidup Aida!

********************

Kwn
Yus
Opie
Leez
Zafer
SayLo
Puspa
Che'Ah
Cherrie
Telosan
SandMan
VirusYoe
BukanDia
RockMania
Cikgu Vovin
Cenderawasih
NazimMasnawi
Penglipurlara
TentangSeseorang

********************

Bes
Naga
Pnut
Skrin
Azhan
Fajaril
Donny
SriDiah
MatJan
Yaabna
Gelihati
Skandal
Antropos
TokRimau
Semangat
D'arkampo
Sixthseal
MakAndeh
MamaIkmal
PajakGadai
NizamZakaria
AmizaKusyairi
AbdullahJones
SultanMuzaffar
abdullahJONESdua

********************

Yang Lepas2...
March 2004
April 2004
May 2004
June 2004
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
February 2006

********************

Gloomy Day!

MIMPI

Menunggu pujuk sebelum lelap
bantal lencun dada penuh ngilu
mahu tak usai duka tambah kejap
Mimpi semalam melata
berteleku
mengadap kisah anak-anakku
berdoa
bila mata terbuka kaki ini kering
...kamu
tega menyakitkan aku!

March 05, 2004 (Tasik Selatan)

~*~


BIAR

Renyukkan aku
lumat bawah sepatumu
lempar ke ujung dunia.
Siati aku
bakar apa yang tinggal
hanyutkan segenap lautan.
Alang-alang benci
jangan sampai tersisa dendam.

August 25, 2004 (Tasik Selatan)

********************

Makasih
Blogger
Blogskins
Layout

********************

-Lagu Kesyukaan-

     Olif-Tentang Rasa



































































































































































































































































































































































































































































































































web counter


Monday, November 29, 2004

~~~*~~~

|

Coobaannn...

Sudah hampir seminggu tanda2nya kedengaran tapi baru 2 hari inilah ia menampakkan belangnya. Aku tak boleh tidur waktu malam & rasa derita betul bila ia selalu menyerang sewaktu aku di dalam kereta.

Malam semalam & pagi ini adalah kemuncaknya. Semalam nak tidur lena sepicing pun susah & rasa macam urat perut tertarik sama setiap kali ia terlepas. Pagi ni, kepala aku ikut berdenyut menyertai dengkungannya.

Tensen.. tensen. Benci betul bila diserang batuk sebab ia buatkan aku sungguh2 derita.

~Semoga cobaan ini menghapuskan dosa2 kecil aku yang dina.


posted by areyoung at 9:40 AM

~~~*~~~

|
Friday, November 26, 2004

Kari toman lemak keladi,
tepi kumbah rumput melata,
diri ini bukan tak sudi,
tanak menambah kusut yang ada.

Tepi kumbah rumput melata,
semai kelapa bersilih ru,
Tak nak menambah kusut yang ada,
bila nak jumpa masih keliru.

Semai kelapa bersilih ru,
orang melukut resah di hulu,
bila nak jumpa masih keliru,
takut tercipta kisah tak perlu.

Orang melukut resah di hulu,
perang Siam sudah meletus
takut tercipta kisah tak perlu,
eloklah diam dari terputus.

~Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin (Buddy).


posted by areyoung at 4:17 PM

~~~*~~~

|

Kampungku Bukan Columbia

Dadah. Aku rasa ubat yang disalahguna sampai memudaratkan ni dah jadi masalah yang terlalu kronik terutamanya di kawasan felda. Tiap2 kali aku balik kampung, macam2 cerita yang aku dengar. Kebanyakannya memanglah kisah yang sedap didengar tapi yang menanggung?

Anak mak long yang ajar aku mengaji masa aku budak2 dulu sorang mati pasal Aids, yang bongsu plak dilihat ada tanda2 awal akan turut cemerlang mengikut jejak langkah abangnya tu. Rumah tinggal kat blok sekian, sekian jadi port mat2 gian... dan macam2 lagilah citenya.

2 tahun lepas masa Hari Raya ada 2 orang mat gian (A&B) gaduh kat jalan depan rumah aku... siap tarik2 baju sampai koyak. Mak aku ngan jiran depan rumah aku yang keluar tengok apa yang terjadi cuma sengih je tengok mamat yang kena balun tu.. langsung tak tolong pun.

Adik aku plak cite ada satu petang tu dia dikejutkan ngan bunyi dentuman kat depan umah. Bila dia bergegas ke depan, dia nampak anak jiran kami (C) yang hisap dadah tu tengah baekkk punya berkubang kat dalam longkang dengan motor kapcai cabuknya. Sebab dia dah tergolong dalam kategori penagih tegar, dia tak berupaya nak merangkak keluar sendiri dari longkang tu. Masa tu pun kepala dia tengah 'high' gamaknya... dia boleh cakap ngan adik aku, "Eh, abang hang tak balik raya?". Adik aku yang tengah kesian tengok dia merangkak tu punyalah bantai gelak... Tak sesuai langsung pertanyaan ngan situasi masa tu!

Dan ini kisah terbaru masa raya itu hari.

Di kampung aku ada satu toke kerepek bawang. Dah bertahun2, inilah industri desa yang berjaya buat famili toke ni boleh dianggap berjaya & kaya. Masa aku dalam tingkatan brapa tah, anak jiran depan umah aku berkahwin ngan anak pompuan toke kerepek bawang ni. Hasil perkahwinan ni jiran aku dapat sorang cucu & sebuah industri kuih kecil2an yang dipanjangkan sebagai hadiah daripada bapak menantunya. Aku tak tau cite sebenarnya.. tapi aku pasti kehidupan kehidupan anak jiran aku ngan anak toke kerepek bawang ni bahagia hinggalah akhirnya anak jiran aku ni kantoi sebab amik dadah ngan bini dia. Bini dia pun warning si suami, jangan sekali2 terlibat ngan benda haram tu lagi. Tak taulah sebab si anak jiran ni nak menguatkan lagi sumpah @ sebab dia mmg penipu, dia berjanji takkan amik benda tu lagi & turut bertaklik akan jatuh cerai kalo terbukti dia buat perangai lagi.

Dipendekkan cite taklik pun jatuh. Dan aku cukup respek kat bekas bini anak jiran aku ni sebab dia tak macam kebanyakan isteri @ awek penagih dadah lain, dia tegas dalam keputusan yang dibuatnya. Tak cukup dengan tu, dia akhirnya berkahwin semula dengan sepupu anak jiran aku yang jugak tinggal di rumah yang sepelaung dari rumah kami. Anak jiran aku yang malu tinggalkan rumah & bersumpah takkan balik kampung lagi.

Dia adalah manusia paling rugi sebab memilih dadah daripada anak isteri & tambah membebankan lagi perasaan, dia terpaksa berhadapan dengan anak isteri yang bahagia dengan sedara terdekatnya sendiri. Perusahaan kuih pun berpindah milik & jiran aku cuma mampu berputih mata sebab semuanya salah anak dorang sendiri.

~Anak jiran aku yang bersumpah tanak balik kampung dah tu ada tercongok kat umah dia masa raya itu hari. Ya, dia langgar sumpah lagi...

>#A,B & C adalah anak jiran yang berbeza.





posted by areyoung at 3:32 PM

~~~*~~~

|
Wednesday, November 10, 2004

Legenda Cinta Veer-Zaara































Semalam aku ke KLCC utk screening Veer-Zaara. Macam biasa, budak2 opis ni mana nak layan cite camni. Sorang pun tak hingin nak pegi tapi aku ngan senang hatinya menawarkan diri. Dah lama tak tengok cite Hindustan woo... lagipun inilah kesempatannya utk curi kesempatan berlegar kat KLCC tu. Nak harap orang bawak, kemsalam laa.

Macam biasa, Shah Rukh Khan tetap hensem & Preity Zinta nampak kiut gile. Ada sedikit unsur erotik dalam filem ni (walaupun cuma berapa saat je) tapi kalau bini Shah Rukh Khan pun tak kisah, kita yang tengok ni pedulik hapa kan?

Percintaan antara 2 darjat tu dah biasa sangat, tapi cite ni buat kelainan bila menampilkan cinta antara 2 negara. Sama rumpun bangsa tapi golongan tentera & politikus berperang tak sudah. Yang jadi mangsa, rakyar marhaen yang mahukan kedamaian. Satu lagi tema yang ditampilkan, kepentingan persamaan hak dalam pelajaran & pekerjaan bagi pompuan tak kiralah di India mahu pun Pakistan. Tentu filem ini akan dapat sambutan di kedua buah negara, India & Pakistan & aku rasa, elemen perpaduan dalam cite ni akan dapat dihayati oleh golongan rakyat negara tu yang tidak terlalu prejudis @ skeptikal. Ada sedikit babak membabitkan agama yang digambarkan boleh ditoleransi... (tapi aku pasti dalam islam matlamat tetap tidak menghalalkan cara.)

Part yang paling aku suka, apabila Veer menggambarkan perasaannya menerusi sajak di akhir2 cerita (ingatkan cite habis dah pastu..rupanya panjang plak endingnya).
"Aku banduan 786.. melihat dari besi penjara..." Sob! Sob! (Lupakan logik, inikan cite Hindustan!!)

Dan aku takleh lupa satu part dalam cite ni bila Preity bertanya pada maknya... adakah mak dia tu yakin yang ayahnya sanggup mengorbankan nyawa demi dia? Kata mak dia, cinta lelaki tak sama cam pompuan. Pompuan menyintai sepenuh jiwa raga, tapi lelaki menyintai dengan melengkapkan hidup pompuan yang dikahwini, jadi jangan harap lebih dari tu. Sayu... sebab aku rasa part ni memang ada kebenarannya.

Veer membazirkan masa 22 tahun dari usianya dalam penjara demi maruah Zaara, manakala Zaara menghabiskan tempoh usia yang sama demi meneruskan tanggung jawab Veer yang terputus kerana dirinya. Veer-Zaara membosankan aku sebab banyak sangat lagu, tapi sinematografi & tema yang diangkat dalam cite ni mengkagumkan.

Sebuah movie yang masih klise, tapi banyak 'kaler'.

~Tak perlu sanggup mati untuk aku, cukuplah sekadar sayang sepenuh hati.


posted by areyoung at 9:51 AM

~~~*~~~

|
Friday, November 05, 2004

Sampaikan Aidilfitri

"Selamattt Harii Raya...."

~Lagu di atas ditujukan khas buat kuarga terchenta, sedara mara, kengkawan, x-cekgu cekgi & sesapa saja yang tengah baca ni. Nak minum oren datanglah beraya kat umah ek?!

-areyoung-

(Hihi...sapa yang tau.. taulah!)

................................

Yang ni pulak tak ditujukan buat sesapa tapi untuk aku. Yaaa... aku!

















Cenderawasih dah antar kad raya (beserta vcd Neon lagi!). Syukurlah kali ini aku tidak perlu menari Rumba sebelum membukanya. Haha.. Cenderawasih ni memang kelakar tau! Rugi pompuan2 yang tanak berkenalan dengan dia. :)


~Seperti biasa, Cenderawasih yang dilahirkan untuk menyenangkan hati manusia sejagat menjalankan kewajipannya. Masheh aaa...


posted by areyoung at 3:12 PM

~~~*~~~

|
Thursday, November 04, 2004

Lapang dada bila dah abis meeting ngan boss. Jap lagi nak gi berbuka kat Grand Pasifik.. ada pc hapa tah kat sana.

Hihi... inilah part paling best bergelar reporter. Dapat makan free!!


posted by areyoung at 5:04 PM

~~~*~~~

|

Yakin Boleh! (Kot...)

Dah 3 bulan aku dapat lesen, tapi keta yg aku beli hasil sedikit penipuan maklumat hujung tahun lepas tu tak jugak aku bawak2. Hinggalah semalam, aku teringat kata2 Vovin yang kini dah boleh bergaya berkereta ke mana2. Kata dia, dia redah je bawak walaupun baru dapat lesen sebab kalau tak setat bawak, bila lagi nak bawak?

Ye tak ye gak... kalau aku asyik dok pikir takut je dah tentu sampai bila2 pun aku kena naik lrt @ mintak tolong driver :D aku yang baik hati tu tolong hantarkan. Nak harap tumpang Vovin? Awal2 dia dah bagi hint tanak tumpangkan... kedekut betul.

Jadi semalam, aku bawak sampai Shell kat highway tu, pastu berenti bila tengok keta banyak & ganti driver dengan pemandu setia aku tu. Hari ni pun camtu... cuma bezanya kalau semalam aku bawak 40-50 hari ni aku bawak 60-70 plak. Tak sabar nak tunggu sampai aku bleh bawak 150!Hihi...

Niat di hati raya ni nak drive keta sampai ke Kedah, tapi tercapai ke? Takpe... takpe.. aku yakin aku mampu sebab aku kan kiut & rajin orangnya? Dengan latihan intensif setiap hari mulai sekarang tentu aku boleh.

~Cikgu kelas memandu aku dulu terperanjat gile aku boleh pass test JPJ pasal dia cakap aku bawak keta terhegeh2. Siot je...


posted by areyoung at 10:41 AM

~~~*~~~

|
Wednesday, November 03, 2004

Dosa Sikit... Dosa Banyak..

Tiba-tiba teringat kat ustaz yang ngajar subjek agama masa aku di tingkatan 3 dulu. Ustaz tu lebih gemar tido kat bilik guru daripada mengajar kat kelas tapi kebanyakan kami dapat A subjek Agama Islam sebab dia cukup rajin menganalisa soalan yang akan masuk pekse. Eh, melalut... aku bukan nak cite pasal ni.

Dalam satu kelasnya, Ustaz cerita pasal halal haram. Macam biasalah, masa mengajar (baca - masa hari dia tak tido), dia suka memasukkan unsur2 klaka dalam proses pembelajaran. Ada satu hari tu dia bercerita pasal orang yang berzina. Dia cakap kalau berzina... zina tu memang dah sah berdosa. Tambah berdosa plak kalau tak mandi wajib pulak lagi lepas berzina. Begitu jugak kalau mencuri ayam orang. Mencuri tu dah satu dosa dah... kalau tak disembelih plak lagi ayam tu sebelum dimasak, itu satu lagi dosa.

Dalam kejadian lain, aku teringat satu perbualan antara aku dengan member opis kat tempat keje lama aku dulu. Fishcat (memang nama samaran sebenar) takleh tinggalkan tabiat minumnya. Bukan minum teh tarik @ sirap bandung cincau (slurp!) tapi minum arak. Satu hari tu aku ajak dia makan, lepak2 kat bawah. Bila dia nak ke kedai mamak, aku cakap aku tanak minum kat situ tapi kat kedai Cina sebelah.

"Hish gila ko nak makan kat situ?Babi pun dia masak tuu.." Bila aku dengar dia cakap camtu aku pun sound, "Oo.. makan kat situ ko takut bercampur ngan babi pasal haram... behtu ko ingat minum arak tu tak haram cam makan babi?"... apa lagi yang dia boleh buat selain sengih?

Sebenarnya aku teringat semua insiden kat atas setelah terbaca satu artikel dalam harian metro hari ni. Peniaga makanan bukan islam sanggup mengupah tukang masak islam untuk memasak makanan yang dorang jual kepada orang islam yang berpuasa. Nampaknya, peniaga bukan islam tu lagi prihatin takut orang islam yang beli makanannya tu berdosa pasal makan makanan tak halal berbanding org islam tu sendiri. Atau... orang islam yang tak berpuasa tu fikir dosa tak puasa tu dah satu hal... jadi dia tanak tambah dosa lain bila makan makanan yang tak halal pasal dimasak oleh orang bukan islam?

Yang tak posa tu tolong jawab...

~Klik kat sini untuk >> joke of the day!!


posted by areyoung at 1:29 PM

~~~*~~~

|
Tuesday, November 02, 2004

Amarah Di Bulan Puasa

Dia takde kena mengena secara langsung dengan aku pun. Selain lagu2 dia aku tak amik port sangat pasal dia walaupun dia digosipkan bercinta dengan lelaki pujaan Malaya yang jugak pujaan aku (dululah - aku setat berenti minat lepas nengok ramai reporter pompuan menjerit bila tengok dia masa satu event kat PWTC tahun lepas). Begitu jugak bila Uncle Jol cakap rumah penyanyi ni kat belakang umah dia.. aku tak terkesan langsung.

Tapi aku pernah berjumpa dia & pr sykt lama-nya sewaktu dia masih hijau dalam bidang seni. Masih ingat camana dia malu2 bercerita & paling aku ingat adalah keramahan pr berbangsa Cina tu.

Lagu dia plak adalah lagu Melayu paling aku suka. Lagu yang meletup hingga dia diuar2kan mampu menggugat ct nurhaliza & popularitinya masa tu mampu mengalahkan syaripah aini.

Dan sekarang aku asyik dok fikir pasal dia ni... pasal dia dah menyusahkan keje aku. Ok, mungkin bukan dia... tapi pr dia. Dah tau artis engko pernah jatuh dan sekarang tengah nak menapak naik semula, reti2 la layan orang yang nak bagi liputan ni. Mula2 nak interbiu kata takde masa free. Waah... album baru 3 (satu je yg jual pun!) dah sibuk mengalahkan akak ct. Pakkal la aku dah kasik nama dia masa meeting, kalo tak memang kemsalam la. Ok takpe, sebab aku minat lagu dia yang satu tu aku buat jugak artikel pasal dia walaupun kena tunggu seminggu baru dia jawab fax.

Dan sekarang... nak tunggu gambar pun cam sengal! Nak amik by hand kata gamba kat dalam pc, dah bagi email adress pun tak jalan2 jugak. Apa punya penyanyi.. eh.. pr daaa! Kalau artis malaysia ni macam artis omputeh takpe..memasing ada website sendiri. Ini email dengan website pun takleh nak beza... camana nak jawab?

Isk isk... camanalah engko nak popular balik kalo camni? Buatlah rambut ala Beyonce pun... pakai la singkat2 yang boleh... ko takkan pegi mana kalo macam ni lah orang yang bekerja untuk ko.

Sekian terima kasih.

~Sebenarnya aku paling bengang pasal pr dia tak ajak pun aku pegi showcase dia kat Planet Hollywood itu hari..


posted by areyoung at 4:07 PM

~~~*~~~

|