:) ~ Ari Lasso-Potret-Sebelum Ujan-Puisi-Balkoni-Jolie...

:( ~ Sarkastik-Mee goreng mamak-Rumput basah...

********************

Album:
KLIK Hidup Aida!

********************

Kwn
Yus
Opie
Leez
Zafer
SayLo
Puspa
Che'Ah
Cherrie
Telosan
SandMan
VirusYoe
BukanDia
RockMania
Cikgu Vovin
Cenderawasih
NazimMasnawi
Penglipurlara
TentangSeseorang

********************

Bes
Naga
Pnut
Skrin
Azhan
Fajaril
Donny
SriDiah
MatJan
Yaabna
Gelihati
Skandal
Antropos
TokRimau
Semangat
D'arkampo
Sixthseal
MakAndeh
MamaIkmal
PajakGadai
NizamZakaria
AmizaKusyairi
AbdullahJones
SultanMuzaffar
abdullahJONESdua

********************

Yang Lepas2...
March 2004
April 2004
May 2004
June 2004
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
February 2006

********************

Gloomy Day!

MIMPI

Menunggu pujuk sebelum lelap
bantal lencun dada penuh ngilu
mahu tak usai duka tambah kejap
Mimpi semalam melata
berteleku
mengadap kisah anak-anakku
berdoa
bila mata terbuka kaki ini kering
...kamu
tega menyakitkan aku!

March 05, 2004 (Tasik Selatan)

~*~


BIAR

Renyukkan aku
lumat bawah sepatumu
lempar ke ujung dunia.
Siati aku
bakar apa yang tinggal
hanyutkan segenap lautan.
Alang-alang benci
jangan sampai tersisa dendam.

August 25, 2004 (Tasik Selatan)

********************

Makasih
Blogger
Blogskins
Layout

********************

-Lagu Kesyukaan-

     Olif-Tentang Rasa



































































































































































































































































































































































































































































































































web counter


Thursday, October 28, 2004

Dirgahayu Melawati

Lepas bersesak dalam lautan manusia (of course masin dengan peluh memasing) kat Melawati beberapa hari lepas, aku tiba2 jadi syahdu la pulak. Tah ngapa teringat2 plak tanah penuh nostalgia tu. Nak2 bazaar ramadhan letaknya tak jauh dari tempat tu... Isk! Isk!

Ya.. aku penah jadi awek petrol pump. Orang dok sedap2 berdengkur, aku tengah termenung kat tepi cermin kaca tu. Ramai peneman tak bertauliah yang sudi temankan aku.. & kebanyakannya bertukar kerja dengan aku bila berborak. Tiba2 dorang plak yang jual minyak kat aku sedangkan yang keje kat situ aku!

Ketika menyandang jawatan yang dianggap tak glamer oleh mak bapak tu, banyak pengalaman yang aku timba. Baaanyak kisah menarik, sedih dan boring menimpa. Kat situ beberapa kali aku dikejutkan dengan kedatangan polis bertanya 'ada nampak tak 2 orang laki lari kat area2 sini tadi?' Rupa2nya ada kes rompakan kat kedai berhampiran!

Dan pernah jugak sekali tu... Bangla yang keje cuci kete kat belakang ni datang dalam keadaan berlumuran darah. Dia baru lepas kena tetak kat rumah sewanya yang letaknya dekat2 situ gak. Duit & pasport kena curi.. dia dapat sakit plak lagi.

Tah kenapa tah, aku tak pernah rasa takut atau serik nak keje kat situ. Balik2 syif 10pm sampai 6am jugak yang aku ambik. Pekerja2 lain takyah susah2 hati nak kena keje syif pagi pasal aku sendiri akan volunteer diri.

Kenapa? Mungkin sebabnya ialah betapa tak matangnya aku waktu tu kot. Bila aku takleh tido malam, aku ambik keputusan untuk keje time aku takleh tido tu, sebab aku fikir at least dapat jugak duit! Punyalah terseksa masa tu nak teruskan hidup. Demi future... aku fikir kerja tu jugak sebenarnya berupa keterpaksaan yang kena aku buat. Keje yang cuma memerlukan aku tekan butang nombor... tanya pam berapa... berapa ringgit...

(Banyak betul yang aku blaja kat tempat tu. Banyak sangat... termasuklah betapa senangnya sesetengah pompuan tu kalau rasa2 nak jadi mistress untuk lelaki tua yang biang. Hehe... itu cerita lain!)

Dah 5 tahun... banyak yang dah berubah. Dah lama aku tinggalkan petrol pump tu tapi kenangan kat situ tak pernah meninggalkan kepala hotak ni. Tak tau apa jadi dengan Kak Budi (dah kawin dengan pakwe Bangla dia kot?)... Kak Fiza, Zul dan lelain... tapi alhamdulillah aku kini berada di sini (masih tak jauh dari Melawati..heheh).

Sesungguhnya aku sayangkan petrol pump kat Melawati tu walaupun ia bukan reta bapak aku. Aku sayang dia sebab dia mengajar aku erti kasih sayang... kecurangan... & penghinaan.

~Err... pokok kat parking belakang petrol pump tu pun aku sayang jugak!


posted by areyoung at 9:37 AM

~~~*~~~

|
Friday, October 15, 2004

Nama-nama Terlarang (sekadar utk berkongsi)

Abkam = Tidak celik, buta
Abiqah = Hamba yang lari dari tuannya
Afinah = Yang bodoh
Asyar = Paling jahat
Asyirah = Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah = Hamba suruhan perempuan

Baghiah = Yang zalim, jahat
Bahimah = Binatang
Balidah = Yang bodoh, bebal
Bakiah = Yang menangis, merengek
Baqarah = Lembu Betina
Batilah = Yang batil, tidak benar

Dabbah = Binatang
Dahriyah = Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dahisyah = Goncang, stress
Darakah = Kedudukan yang rendah
Daniyah = Yang lemah dan hina
Dami'ah = Yang mengalir air matanya

Fasidah = Yang rosak, yang binasa
Fasiqah = Yang jahat, si fasik
Fasyilah = Gagal, kalah
Fajirah = Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah = Kecelakaan

Ghafilah = Yang lalai, yang leka
Ghailah = Kecelakaan, bencana
Ghaibah = Hilang
Ghasibah = Perampas, perompak
Ghamitah = Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah = Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu

Haqidah = Yang dengki
Hasidah = Yang hasad
Hazinah = Yang sedih
Huzn = Kesedihan

Khabithah = Yang jahat, yang keji
Khali'ah = Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah = Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah = Yang rugi
Khamrah = Arak

Jariah = Hamba suruhan perempuan
Jafiah = Yang tidak suka berkawan
Kaibah = Yang sedih
Kafirah = Yang kafir, yang ingkar
Kamidah = Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah = Pendusta, pembohong

Lahab = Bara api
Laghiah = sia-sia, tidak berfaedah
La'imah = Yang tercela
Lainah = Yang terkutuk
Lahifah = Yang sedih, menyesal dan dizalimi

Maridah = Yang menderhaka
Majinah = Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah = Agama menyembah api atau matahari
Munafikah = Yang munafik
Musibah = *tut!*, bencana, kemalangan

Nariah = Api
Nasyizah = Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah = Yang najis dan kotor

Qabihah = Yang buruk, hodoh
Qatilah = Pembunuh
Qasitah = Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qazurah = Kejahatan, perzinaan

Rajimah = Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah = Kecelakaan, musibah
Razilah = Yang keji dan hina

Sakitah = Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah = Yang rendah dan hina
Sahiah = Yang pelupa
Sakirah = Pemabuk
Syafihah = Yang bodoh
Syaridah = Yang diusir
Syaqiyah = Yang menderita
Syarrul Bariyyah = Sejahat-jahat manusia
Syani'ah = Yang buruk
Syarisah = Yang buruk akhlak
Syatimah = Maki hamun
Syariqah = Pencuri

Talifah = Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah = Yang papa kedana
Tarikah = Anak dara tua
Tafihah = Karut
Talihah = Yang tidak baik

Yaisah = Yang berputus asa
Yabisah = Yang kering, yang sedikit kebaikannya

Wahinah = Penakut
Waqihah = Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah = Yang kotor
Wasyiah = Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wahimah = Yang lemah
Wahiah = Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah = Penakut
Wailah = Bencana, keburukan
Waqi'ah = Pertempuran dalam peperangan, umpatan

Zalijah = Kebinasaan
Zalilah = Yang hina
Zalimah = Yang zalim
Zaniyah = Penzina, pelacur
Zufafah = Racun pembunuh

~Ramadhan datang lagi... Al-hamdulillah!


posted by areyoung at 11:38 AM

~~~*~~~

|

Cuti-Cuti Utara

Aku rasa syahdu sangat bila lalu negeri Perlis yang sangat2 permai dengan angin berbau lumpur bendangnya. Kiri kanan ada bendang yang mengingatkan aku pada rumah lama Chik di Perak. Masa kecik2 dulu aku pernah bermain dengan sepupu2 aku kat atas pangkin bawah pokok pelam. Belah kanan ada bendang, belah kiri ada kolam. Punyalah banyak ikan dalam kolam tu, kalau hari ni taruk plastik dalam kolam, esoknya mesti ada seko sepat ronggeng yang terbabas masuk dalam plastik tu. Betul.. aku tak tipu(kalau ingatan aku ni tak dimodifikasikan dengan fantasi masa aku kecik2 dulu laa).

Kat depan rumah Chik ada satu parit @ ban. Aku pernah lemas dalam tu bila aku cuba menggunakan timba untuk ambik air. Puas aku dok usya sepupu2 aku yg besar pakai timba tu, akhirnya aku berpeluang mencuba sendiri satu petang tu. Tarik punya tarik... bedebushhh! Sempat jugak la aku tertelan air parit tu seteguk dua sebelum datang hero2 menyelamatkan aku. Hujung parit tu ada kunci tali air. Petang2 aku suka berdiri atas simen kat tali air tu... tengok air parit yang keruh tapi penuh dengan bunga teratai. Cantiknya bunga teratai ni... kalernya yang merah ke ungu2an buat aku rasa itulah bunga paling cantik kat dunia mengalahkan bunga ros.

Lagi yang aku takleh lupa, pacat & lintah. Aku tau tak sume orang pernah rasa camana bijak permatang bendang & berlari dalam pekat lumpur sawah. Aku pernah tau... bila berlari punyalah susah sebab kaki terlekat2 kat dalam lumpur... tapi sebab jakun sangat dapat masuk dalam bendang, aku buat bendang tu macam gelanggang badminton, lompat sana sini. Tiba2 aku rasa gatal semacam kat betis & bila aku tengok...Makkk! Sekor lintah tengah baekkk punya landing kat situ. Puas terpekik terlolong barulah sepupu aku datang tolong. Rupa2nya air ludah boleh digunakan untuk menarik lintah yg macam gam ye. Euuu...!

Penang. Dah banyak kali jugak ke Penang tapi kali ni aku rasa Penang negeri yang kotor. Banyak longkang2 kecik tepi bangunan & di balik remang subuh, aku rasa bandar ni nampak kusam betul dengan bangunan lama tak bercatnya. Bila tanya kami kat India tengah betulkan kandar surat khabar kat mana Padang Kota, dia tanya balik yang baru ka lama? Oo.. ada baru ngan lama ye? Sume garu kepala.

Tak taulah nasib tak baik @ sebaliknya, hujan turun bila kaki terjejak di Pantai Batu Feringhi. Yang baiknya sebab takde orang yang gila nak lepak tepi pantai waktu2 hujan & yang tak baiknya tak dapat la nak ber-bbq ujan2 ni. Singgah kat Kampung Apatahnamanya beli udang, sosej, daging... pastu tawaf sampai 5 kali untuk cari port paling baik nak buat bbq bila ujan dah berenti kononnya. Camana pun masa berjalan sedangkn Penang cuma perhentian sebelum kami ke Pulau, jadi tak sempat ujan berenti... aktiviti bbq tetap diteruskan. Bayangkan... ber-bbq tengah2 ujan... waktu pagi tak sampai pukul 10am... tentu orang Penang ingat pelancong gila manalah tu! Hahaha...

Singgah kat kenduri Dr S*ukri sat sebelum teruskan perjalanan. Yang klakanya dengan tak mandi, singgah kat toilet Caltex, aku salin pakai kebaya bagai. Bila sampai kat rumah kenduri, pakai lipstick, tonyoh bedak skit, pastu pi makan kenduri. Bila dah salin baju, rasa cam orang baru lepas mandi plak. Haha... walaupun rumahnya cam kat kampung, aku kagum bila 2 orang makcik berborak pasal pra menopous kat kenduri tu. Siap speaking bagai lagi... termalu jap aku. Masa kecik2 dulu aku pernah pegi satu kursus motivasi Dr S*ukri & aku masih ingat yg lepas kursus tu sume peserta dibekalkan dengan satu buku bergambar. Tak sangka... di majlis kenduri dia pun, dia bagi bahulu dgn packaging yang sama kaler cam buku tu.

Langkawi... tak sempat aku teliti kecantikannya lebih lama, masa terus menghambat. Yang bestnya, kat bahagian belakang hotel ialah pantai. Aku dengar satu waktu dulu ramai tanah Melayu tergadai untuk bagi peluang bangsa lain mengaut kekayaan dari pantai kat sini setelah tamatnya sumpahan. Selain makam mahsuri, beras terbakar & pantainya... aku takleh lupa bile tengok orang masukkan tangan dalam minyak menggelegak waktu memasak gamat. Peh... terer hangpa nooo!

Yang paling kami bualkan... makan malam kami untuk 9 orang di Langkawi dengan tomyam yang tah hapa2 rasanya lebih RM200 tapi makan tengahhari yang sedap gile dengan sume orang ambik lauk tak ingat punya di Restoran Fatimah cuma RM29.90! Oo... mungkin restoran tempat kami makan malam tu ada service/waitress charge kot... pasai aweks shemale kat situ cun gile. Agaknyalah..!

KL - Penang - Perlis - Langkawi - Sg Petani... indahnya hidup bila bersama orang2 tersayang yang sporting & sudi ke sana sini tanpa aku perlu memandu!

~Aku sakit perut betul hari Isnin tu. Sumpah!!


posted by areyoung at 11:17 AM

~~~*~~~

|