![]() |
![]() |
![]() |
|
:) ~ Ari Lasso-Potret-Sebelum Ujan-Puisi-Balkoni-Jolie... :( ~ Sarkastik-Mee goreng mamak-Rumput basah... ********************
Album:
********************
Kwn
********************
Bes
********************
Yang Lepas2...
********************
Gloomy Day!
~*~
********************
Makasih
******************** -Lagu Kesyukaan- Olif-Tentang Rasa web counter |
|
Ketam2 Harapan
Sejak Zuzie bercerita tentang kebest-an dia pegi tangkap ketam kat Bagan Lalang dengan future~mertuanya, aku dah mula rasa teruja. Aku... yang tak suka lopak air, yang benci nyamuk, yang tak suka rumput2 basah! Zuzie bayangkan ketam2 tu banyak gile... sampai aku bayangkan ketam2 tu merayap memenuhi pasir pantai. Bila dia cakap senang plak tu nak tangkap, lagilah aku rasa tak sesaba dah nak jejakkan kaki ke sana. Apa yang penting? Kata Zuzie aku perlukan penyauk & baldi je. Tapi takkan nak tangkap ketam semata2? Aku pun tambah list barang yang perlu dibawak. Dapo utk bbq, ayam A1, arang, sarung tangan, bantal kecik, periuk, sudip, sudu, garfu, pisau.... pehhh! (Mak aku pesan kalau nak buat apa pun biar bersungguh2...) Tak tau la pasal terlalu banyak check list yang aku tulis dalam palotak atau memang dah takdirnya camtu, aku ingat sume perkara kecuali penyauk. Kesudahannya... sessi menangkap ketam Bagan Lalang menjadi upacara suai kenal aku ngan ketam2 di sana. Bagi memujuk hati yang lara, aku masak udang goreng butter & rebus ketam Pasar Sg Pelek. Takpe..takpe... aku akan kembali semula. posted by areyoung at 3:19 PM
|
Misteri Kotak Azimat
PROLOG MR2 jem gila. Aku sampai dekat pukul 10 am & terkantoi plak ngan HR manager kat bawah. Hari yang bermula dengan sebal tiba2 berubah dengan hanya satu panggilan dari Ida, receptionist yang manis bertudung setelah bergelar isteri orang tu. Rupa2nya panggilan tu suruh aku amik satu bungkusan dari Perak. Waaahhhhh.... seronoknya apabila menerima sesuatu dari orang lain! Part I Atas meja kerja ini ada 'exotic orchids' berbunga pepel. Kat atas sound pc plak aku letakkan sabun kuning, pun bereben pepel. Dan ditepi telefon.. beg kertas yang aku dapat masa pc Ruffedge pun pepel jugak kaler rebennya. Di tengah2 meja kerja ini juga ada bekas stationary kaler kuning pekat ngan gambar Pooh menghimpit dinding partition... inilah saja kontra di daerah meja kerja ini. Rasanya aku perlukan sedikit lagi kaler kuning untuk memadankan bekas stationary ini dan kalau mende kaler kuning tu ada gambar Pooh jugak, oh.. itu dah cukup bagus. Part II Tiap kali nak pakai lipstick @ pelembab bibir, aku akan ke toilet untuk tengok cermin. Aku tak suka pakai cermin bedak compact sebab aku rasa tak selesa orang tengok. Jadi aku sanggup ke toilet semata2 utk tengok cermin asalkan orang tak rasa macam aku beria sangat bermekap. Pernah jugak terfikir, aku perlukan sebuah cermin kecil kat meja kerja, jadi aku cuma perlu tengok kat situ secara 'sambil2an' & rakan sekerja pun tak perasan yang aku sedang membelek muka. Part III Sejak akhir2 ini internet access kat opis lebih lambat dari cipan bukit. Internet adalah nadi utama penggerak kerja kat sini. Bila net tak jalan, kerja pun tak bergerak. Masa yang terluang dihabiskan utk ber-yahoo messenger sesama rakan sambil mengunyah. Aku plak tak suka beli gula2, tapi gembira sekali kalau ada kawan yang tawarkan. Mungkin aku perlu sesuatu bekas untuk simpan gula2 kat meja ni. Laci aku penuh dengan surat... dan gula2 tak sesuai diletak dalam balang yang lutsinar sebab aku bukannya pemurah sangat. Part IV Pening.. pening.. masalah sesama manusia, masalah ngan tanggung jawab kerja... mungkin aku perlukan sedikit kaunseling. Sekurang2nya mendengar sedikit nasihat dan tips daripada pakar motivasi pun memadailah. Kegemaran aku... Dr Fadzillah Kamsah. Part V Ianya sebuah kotak kayu yang mempunyai pintu berwarna kuning. Ada gambar Pooh lagi kat situ. Bila pintunya ditarik ke atas, ada cermin yang besar di belakangnya. Selain cermin, bukaan pintu kotak mempamerkan 3 laci comel. Laci pertama berisi gula2 dan sebuah kaset motivasi 'Menangani Orang Yg Bermasalah' dari pakar motivasi yg aku suka. Laci kedua ada surat wasiat Zahid dan gula2 manakala laci ketiga plak penuh dengan gula2 Fizzy Kola. ................................ Segalanya sempurna, dan aku sungguh2 suka. TERIMA KASIH daun keladi. (TAMAT) ~Biar sebagai burung mahupun manusia, Cenderawasih memang dilahirkan untuk menyenangkan hati...hehehe. posted by areyoung at 4:35 PM
|
[Bila teka teki Abby dah tak berkesan]
Segalanya berkecai kerana aku mahu dengar kata MAAF lebih dari ucapan selamat hari jadi. Kerana ego aku yang besar tak mampu menembus egonya yang lebih menggunung. Dan kerana begitulah selalunya. Aku ingin sekali humbankan rasa kecik hati. Aku ingin senyum dan pura2 hati penuh bahagia. Tapi kerana aku ni seorang yang teruk, aku tak mampu buat macam tu, macam yang selalu aku buat. Malangnya... ketika aku berkeadaan macam ni, kebetulan ianya ialah hari ini. Hari yang lama aku tunggu... untuk nilai sejauh mana ia dianggap istimewa oleh orang yang sepatutnya. Buat masa sekarang fikiran ni penuh huruf tapi aku nak lupakan yang aku ada otak untuk berfikir. Mungkin aku patut pergi jauh2... sorang2... dan buat apa sahaja yang boleh hilangkan ngilu kat hati ni. Mungkin tangan kiri aku patut memegang lembut tangan kanan aku... lalu aku kucup sendiri tangan itu dan katakan aku sayang aku... kerana itu aku takkan memusnahkan aku. Aku bukan gila, cuma sudah penat berfikir macam mana caranya nak bagi orang itu memahami dan tahu apa yang aku inginkan. Semua ini salah MAAF yang kononnya berharga sangat... ~Slamat haari jaadi...slamat haaa... posted by areyoung at 3:36 PM
[Teka Teki Abby]
Abby ialah rakan sekerja lama aku. Cantik tapi tak disukai oleh beberapa rakan sekerja yang lain. Satu hari dia mintak aku pandang white board. Sebagai Melayu aku tak nak menyakiti hati manusia lain dengan buat tak tahu saja. Dia ambik marker hitam, buat satu bulatan, kemudian dia titikkan dengan sekali calit sahaja di tengah2 bulatan tu. 'Apa yang ko nampak dalam bulatan ni?' Aku rasa bodoh. Tak tercabar langsung. 'Titik itam... ko buang tabiat eh?' Aku sengih dan bersedia nak menyambung kerja. 'Punyalah banyak ruang putih kat dalam bulatan ni... kenapa titik hitam yang secoet ni ko nampak? Camtu gak dalam hidup ni, berapa banyak pun kebaikan yang kita buat pada orang, kadang2 dengan hanya satu kesilapan kecik sudah cukup untuk orang melihat kesilapan tu lebih dari segalanya.' Aku terdiam. Sekarang dah lebih 4 tahun aku tak jumpa Abby. Dia bukan rakan sekerja yang menarik sangat untuk dikenang... tapi sesungguhnya teka teki yang satu ini tiba2 berlegar2 dalam kepala aku apabila aku susah nak memaafkan. Tima kasih Abby. ~Betapa aku cuba baiki... posted by areyoung at 1:53 PM
Aku terpaksa menerima hakikat orang biasanya tak sama ngan aku.
Alangkah baiknya kalau aku mampu menjadi orang yang pura2. Bertemu pipi tanpa ralat, gelak cam kuda, ber- I you, I you bagai... Sungguh ikhlas aku tulis, aku bukan mempertikaikan atau nak mengutuk mereka2 yang ada kriteria di atas, tapi aku takleh masuk ngan sume ni. Aku tak reti nak menegur dengan penuh mesra orang2 yang aku jumpa baru sekali dua & aku cukup tak pandai nak berborak pasal baju @ gaya rambut dengan sesapa pun semata2 kerana aku ada kepentingan dengan orang tu. Senang cerita susah aku nak berpura2 menjadi orang lain. Yang membuatkan aku pening, perkara ini mungkin akan menjejaskan pekerjaan aku. Pasal bila aku tak pandai buat2 mesra apatah lagi gelak kalau aku tak rasa kelakar pun, orang mungkin akan rasa aku ni penyombong. Bila orang tak selesa nak bercakap dengan aku, aku dapat lihat anak matanya nampak kekok. Bila dorang kekok, lagilah aku tak tau nak cakap apa. Sudahnya diam. Sebagai perempuan macam biasalah aku akan mula berfikir jauh2. Macam mana kalau orang salah faham ingat aku ni anti sosial? Kalau aku buat silap apa2 tentu orang akan terus mengutuk aku ramai2 sebab dorang tak berapa suka kat aku... boss tentu fikir aku ni tak ada sifat kerjasama dengan rakan sekerja... bla bla blahhh Habislah aku! ~Lawak bodoh bagi engko mungkin buat aku ketawa sampai jatuh kerusi... posted by areyoung at 4:52 PM
|
[Mencari Alasan]
Menonton TV dan membaca buku kadangkala menyusahkan aku. Waktu kecik2 dulu drama swasta, layar mutiara, pentas dunia & hapa2 tah lagi slot drama telah membuatkan aku memandang hidup dari sudut berbeza. Begitu jugak iklan tv, cerita kartun, novel2, buku cerita... banyak membuatkan aku menjadi tidak bersyukur. Aku menjadi sedih apabila dunia kanak2 tak seseronok iklan tv. Aku rasa bosan bila aku tak mendapat kawan2 se-adventure watak buku2 Nancy Drew. Aku resah bila dunia remaja tak seindah karektor ciptaan Ahadiat Akashah. Aku banyak tak puas hati dengan apa yang aku ada. Aku menjadi perengus. Penagih. Mengharapkan hidup akan berubah. Aku sangka, yang indah2 macam dalam tv atau buku cerita itu memang terjadi pada sebilangan manusia. Dan manusia inilah yang aku nak jadi. Hakikat sebenarnya manusia kadang2 lebih derita daripada cerita paling sedih di dalam novel & boleh jadi lebih bahagia dari drama jiwang Melayu. Cuma hidup ini takkan sedih dan bahagia sepanjang masa, jadi segala yang dirasa takleh nak disamakan dengan membaca buku atau menonton tv. Pembaca atau penonton akan terbuai emosi bersama cerita rekaan penulis, sedangkan penulis itu pun belum tentu statik emosinya. Biar sebagai penulis atau pembaca atau penonton sekali pun, aku tak mahu menjadi orang yang mengikut emosi. ~Kata Dr Fadhilah Kamsah, orang yang stress boleh jadi akan gembira dan tiba2 sedih di dalam selang waktu yang hampir. Aku? posted by areyoung at 11:33 AM
|
[Kebetulan Yang Melukakan]
Aku kat dalam keta. Tiba2 pintu kaca terkuak. Sesusuk tubuh yang tinggi lampai keluar. Aku tergamam. Dia terkesima sebentar. Aku melarikan anak mata & kakinya terus melangkah. Jantung jadi laju. Hati tak henti berdebar. Dialah itu. Yang pernah membawa suka... juga merentang duka. Dialah. Dia. ~Sungguh aku tak ingin, tapi tetap benci.Maaf. posted by areyoung at 12:13 PM
|