![]() |
![]() |
![]() |
|
:) ~ Ari Lasso-Potret-Sebelum Ujan-Puisi-Balkoni-Jolie... :( ~ Sarkastik-Mee goreng mamak-Rumput basah... ********************
Album:
********************
Kwn
********************
Bes
********************
Yang Lepas2...
********************
Gloomy Day!
~*~
********************
Makasih
******************** -Lagu Kesyukaan- Olif-Tentang Rasa web counter |
|
Merdeka?
Aku bukan generasi muda yang tahu makna azabnya mencapai merdeka. Aku cuma tahu kerana ia disebut-sebut tapi tak dapat merasa dengan hati. Bagaimanapun merdeka memang banyak maknanya buat aku. Makna-makna yang aku fikirkan pun berkaitan kepedihan jugak, tapi bukan kepedihan mencapai merdeka sebaliknya kepedihan ketika menyambut hari merdeka. Bertuah punya anak merdeka! 31 Ogos bukan saja meninggalkan kesan tang bunga api di KLCC, tapi juga detik pertama hati aku dibuka. 31 Ogos pernah dinanti kerana detik 12 malam bukan saja akan dihitung perjalanan jarum saatnya, malahan dentingannya bakal menandakan pertambahan usia hubungan. Hinggalah satu waktu ketika negara mengishtiharkan merdeka disambut di Dataran Shah Alam, aku terpinga2 kerana tak faham kenapa satu panggilan pun tak sudi dibuat sebagai tanda ingatan. Beberapa hari kemudian, aku mendapat tahu seorang perempuan bernama Rozita Bt Awang dilahirkan pada 31 Ogos. Oh, patutlah! Terima kasih saja kerana pernah hadir. Eh, itu cerita lamalah... dah aku lontar jauh-jauh. ~Ya Allah, merdekakan aku dari sifat mazmumah. posted by areyoung at 11:10 AM
Tunggu Sampai Lebam!
Cerita Bachelor kat channel 70 dah abis. Aku ingat mamat tu akan pilih Trista, tapi dia pilih Amanda rupanya. Kata Ipan, dia pilih Amanda sebab Amanda suka kat dia lebih dari Trista. Jawab aku pulak.. 'Ala.. pengarah citer tu yang bagi nasihat kat dia..!' Macam mana aku kutuk Akademi Fantasia tapi aku tengok jugak rancangan tu sebab tak nak ketinggalan, lebih kurang samalah perasaan aku tengok rancangan ni. Ada ke pilih calon bini macam pilih barang? Pompuan yang terpilih tu... tak rasa geli ke sebab lelaki tu dah pegang ramai pompuan2 yang terlibat dalam rancangan ni dari mula lagi? Tapi lantak la... janji rancangan tu menghiburkan. Aku tengok sebab aku suka.. pedulik la nilai2 seni ke.. hapa ke... (Aku selalu cakap camni bila member2 aku pertikaikan aku tengok filem gred B @ dengar lagu jiwang yang dianggap hina gila kat opis ni). Hati aku yang agak jiwang ni (skarang dah kurang banyak sebab aku dah berenti dengar lagu2 Screen & Scoin.. lalu digantikan dengan Maroon5) sebak gak bila tengok mamat tu berlutut melamar Amanda. Mata memasing terpancar rasa terharu, ikhlas & gembira. (Ikhlas ke? ~Jangan tanya aku! Janji aku suka!) Oh... kalaulah ada prince charming yg akan datang & melamar aku dalam keadaan tak terduga camtu, alangkah beshnya. Kalau akulah, putera idaman aku tak perlu naik kuda & berpakaian ala kesatria utk melamar. Cukuplah kalau : Adegan 1 Dia datang dengan muka jernih. Rambutnya masih kemas cam dulu & lesung pipitnya tetap manis. Dengan suara tertahan2 penuh ikhlas katanya.. 'Maafkan saya. Saya pernah melukakan kamu tapi itulah saat terbodoh dalam hidup ini. Tak perlu berikan surat yang saya minta kamu beri pada saya jika kamu dalam susah, saya sendiri datang utk membetulkan hidup kamu yang telah saya robekkan. Maaf...maaf...maaf...' Adegan2 Suasana cukup tenang. Muzik, warna & bau udara pun bagaikan bersatu penuh nyaman. Dia menggenggam jemari aku yang yang memandang dengan muka tiada riak. Suaranya perlahan tapi jelas. Dia cakap... 'Cukuplah kegilaan ini. Saya sudah sedar yang saya tak pernah membilang pengorbanan yang awak buat untuk saya, sedangkan saya sendiri sibuk mengejar dunia yang saya janjikan pada dia yang tak pernah mengerti. Hari ini biar saya tamatkan janji yang telah saya lafaz 4 tahun dulu...' Adegan3 Aku duduk di atas anak tangga kegemaran aku. Yang selalu menjadi saksi bila hati retak lagi. Tiba-tiba seseorang muncul. Dia menghulurkan tangan lalu berkata serius.. 'Saya tak kenal awak hinggalah dengan takdir-Nya awak muncul dalam mimpi saya semalam. Siapa pun awak... saya anggap ini satu amanah untuk saya bimbing, jaga & hargai.' ~Alangkah...! posted by areyoung at 5:12 PM
Biar
Renyukkan aku lumat bawah sepatumu lempar ke ujung dunia Siati aku bakar apa yang tinggal hanyutkan segenap lautan Alang-alang benci jangan sampai tersisa dendam. posted by areyoung at 10:15 AM
Apa yang susah sangat nak berterus terang?
Alasan paling berakhlak kalau tak berterus terang adalah untuk menjaga hati. Tak berterus terang kalau tergelincir silap2 gaya boleh membawak kepada berbohong. Bila dah berbohong, itu dah jadi cerita lain. Bila ada orang tak berterus terang ngan aku, aku cuba memandang dari sudut positif, mungkin dia nak jaga hati aku. Tapi kalau dia menipu, oh itu dah masuk cerita lain. Bercakap benarlah walaupun pahit. Kadang2 tak pahit bagi kita, pahit bagi orang yang mendengar. Bila dah sayang sangat kat orang tu, mungkin kita tak sanggup tengok dia menelan sesuatu yang tak sedap. Tapi itulah... macam manapun kita kena berterus terang jugak walaupun orang sakit hati kat kita. Pasal...? Kalau tak berterus terang silap2 kita terpaksa jadi penipu pulak. Kan dah jadi cerita lain tu? Kalau aku... aku mintak diberitahu kebenarannya walaupun pahit. Aku memang takleh terima perkara dari sudut positif kalau awal2 aku dah kena telan jadam, jadi aku mungkin akan menghamburkan sesuatu yang tak enak dari mulut aku. Awalnyalah... tapi aku ni manusia yang baik la jugak hapa... sekurang2nya lepas tu aku akan berterima kasih sebab berterus terang. Tapi jangan sekali2 menipu ngan aku. Sakit kat hati tu lebih parah daripada menerima kenyataan yang pahit bila aku tahu kebenarannya. Kalau nak menipu jugak2 pun boleh... cuma pastikan jangan kantoi! ~Jangan talipon lagi kalau lebih dari 3 kali aku tak angkat... sebab itu petanda aku tengah mengumpul kekuatan untuk bercakap dengan nada lembut kat ko! posted by areyoung at 2:57 PM
Peringatan Untuk Aku & Semua
Hidup ini bukan mudah sangat. Jadi aku & sesiapa pun takkan boleh mengandaikan seorang pelukis adalah manusia yang memahami, seorang kartunis yang kelakar takkan melukakan hati, seorang penulis itu romantik atau seorang boss semestinya sangat kedekut. Aku menulis ni sebab banyak surat masalah adik2 yang aku terima asyik bercerita mende yang sama. Jatuh hati pada cikgu, pada kawan yang peramah & pada anak jiran yang hensem. Tak kisahlah pasal aku pun pernah muda (sikit). Aku bukan tak pernah jatuh hati pada orang yang bukan-bukan. Pernah satu waktu dalam hidup, aku jatuh cinta (konon!) pada Ibrahim Anon. Bermula dengan suka, jatuh kagum & kemudiannya semua yang baik-baik akan terhubung pada pakej lengkap idola aku ni. Menangis siot bila terbaca dia dah ada 2 orang anak. Haha.. (Tapi takpe... aku tak malu sgt pasal sekurang-kurangnya aku tak pernah mabuk kepayang ngan T*M*K yang slalu dinista kawan seopis aku!) Bila kita dah berusia sikit segalanya akan dipandang dari sudut berbeza. Ada yang memandang duit itu kriteria penting, ada yg merasakan klaka tu yg utama, malah ada jugak yang masih meletakkan hensem di tangga no 1. Aku? Aku tetap letakkan klaka, duit & popular sebagai penting. Ternyata... aku memang manusia yang tak berubah bersama usia. (Tu pasallah apa yang aku tulis ni ditujukan sebagai peringatan untuk diri aku sendiri.) ~Aku terfikir manusia yang paling malang ialah pengkritik yang tersilap dalam hidup. Kalaulah aku boleh berhenti mengkritik.... posted by areyoung at 7:06 PM
Ragu2
Sebenarnya, aku menulis kat blog pasal ini adalah medium aku melempiaskn perasaan yg aku rasa aku tanak simpan kat dalam hati. Jadi aku rasa tak best bila ada pendapat atau komen dari org lain sedangkn apa yg aku tulis adalah utk diri sendiri. Kadang2 apa yg aku buat atau fikir tu salah..tapi aku setakat menceritakan semula apa yg aku fikir...tak semestinya mewakili masa. Titik. Titik. Titik. (aku cuba memanjangkan perenggan ni). Bila aku tau ada yang membaca blog ni aku rasa macam ada yg mendengar apa yg aku ngomelkan. Walaupun tak betul2 tapi macam tu lah perasaan aku. Kadang2 aku nak menulis semuanya tentang aku tapi bila memikirkan ada antara yang membaca blog ni ialah kawan2 yang mengenali aku di luar, aku tak jadi nak tulis semuanya. (Misalnya, takkan aku nak tulis aku ponteng keje kalau aku tau ada antara yg membaca ialah bebudak opis aku kan. Err... itu cuma perumpamaan ye korang... ) :p Bila difikirkan, aku rasa mungkin lagi bagus kalau aku tamatkan saja penulisan aku di blog ini & buat yg baru. Tapi... rasa cam malas la pulak. Jadi.. sementara aku berfikir ni.. eloklah aku padamkan dulu tagboard kat sebelah ni... dan yang lain tu bergantung pada masa.... ~aku seorang yg sangat mementingkn diri. Aku bukan menulis utk korang mendapat ilmu tapi aku menulis utk kepuasan diri aku sendiri. Aku jugak ego. Aku tak menerima pandangan org kalau aku rasa caranya tak betul. Kalau pun aku berubah sbb nasihatnya aku cuma akan mendoakan yg baik2 utk dirinya... tu sahaja. posted by areyoung at 4:21 PM
Cite Sabtu Lepas
Pagi tu cukup tenang. Aku tak kisah pun walau pun aku melakukan segalanya bersendirian. Untuk permulaan aku merangka2 sama ada nak pergi shopping 'tingkap' dulu, makan pagi atau tercongok kat bangku keras tengok orang bukak gerai. Akhirnya aku melangkah pegi kaunter beli tiket wayang. Aku berkira2 nak tengok The Vilage atau Hse of Flying Daggers. Last2 aku pilih cite cina tu.. pasal aku teringat Wan cakap cite tu best. Best la filem tu... walaupun aku rasa aku sikit terganggu pasal mamat yang dok kat belakang seat aku asyik buat bunyi berdecit setiap kali kuar effect nak2 masa tengah berlawan. Filem tu bagi aku penuh ngan cinta & aku masih teringat2 masa askar kejar hero ngan heroin kat dalam hutan buluh. Pehh... dasat! Abis tengok wayang, aku pusing2 masuk macam2 kedai. Maklumlah tgh mega sale kan... jadi org skit punya ramai belek2 barang. Aku pun menyelit celah2 dorang saja2 belek tu..belek ni... Dah puas belek2, beli barang skit, makan2.. kaki dah naik lenguh. Aku dok kat kosi tengok orang lalu lalang. Aku tak bosan tapi penat. Nak pegi bangunan sebelah tempat dia buat exhibition kang mesti aku cam sengal kat dalam tu, jadi lebih baik aku buat hal sendiri kat shopping complex ni. Bila penat ilang, aku tak tau nak buat apa lagi dah. Time ni la aku bleh terfikir nak buat mende tu. Lama aku perati kat stall yang sediakan perkhidmatan tu tapi rasa takut la plak. Last2 aku bangun jugak & pergi kat situ. Amoi tu memang bijak memanipulasi keadaan aku yg macam yakin tak yakin. Tengah aku dok aa...aa... dia suruh aku terus duduk & aku rasa cam tersepit antara keadaan nak, takut & tak sempat nak fikir lebih mendalam. Sedar2 'siuppp'.... mende tajam tu dah menerjah kulit & sakit cam kena gigit semut menyerang. Kejap aje..pasal aku dah kena bius kan. Woo... aku tak tau nak cakap camana perasaan aku bila tengok kat dalam cermin depan tu hidung aku dah bersubang! Aku rasa inilah kali pertama & terakhir aku buat keje gila camni. Aku pun macam tak caya aku berani menadah hidung aku untuk ditindik pasal sebelum ni aku penah 3 kali tindik telinga pasal setiap kali lepas tindik mesti aku tak tahan sakit jadi aku bukak subang tu sebelum ia betul2 sembuh. Akibatnya aku kena tindik manyak kali sebab lubang tindik tak menjadi. Balik aje rumah bila tengok betul2 aku rasa tak elok la nampak muka aku bila hidung ada subang. Jadi aku cuba bukak, tapi sakit la plak. Alhamdulillah, esoknya aku berjaya bukak lepas berhempas pulas buat pelan2. Gila ah.. Lepas ni aku tanak buat camni dah. Aku bukan Christina Aguilera yg bertindik utk memindahkan ketegangan fikiran pada kesakitan! posted by areyoung at 12:33 PM
|