:) ~ Ari Lasso-Potret-Sebelum Ujan-Puisi-Balkoni-Jolie...

:( ~ Sarkastik-Mee goreng mamak-Rumput basah...

********************

Album:
KLIK Hidup Aida!

********************

Kwn
Yus
Opie
Leez
Zafer
SayLo
Puspa
Che'Ah
Cherrie
Telosan
SandMan
VirusYoe
BukanDia
RockMania
Cikgu Vovin
Cenderawasih
NazimMasnawi
Penglipurlara
TentangSeseorang

********************

Bes
Naga
Pnut
Skrin
Azhan
Fajaril
Donny
SriDiah
MatJan
Yaabna
Gelihati
Skandal
Antropos
TokRimau
Semangat
D'arkampo
Sixthseal
MakAndeh
MamaIkmal
PajakGadai
NizamZakaria
AmizaKusyairi
AbdullahJones
SultanMuzaffar
abdullahJONESdua

********************

Yang Lepas2...
March 2004
April 2004
May 2004
June 2004
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
February 2006

********************

Gloomy Day!

MIMPI

Menunggu pujuk sebelum lelap
bantal lencun dada penuh ngilu
mahu tak usai duka tambah kejap
Mimpi semalam melata
berteleku
mengadap kisah anak-anakku
berdoa
bila mata terbuka kaki ini kering
...kamu
tega menyakitkan aku!

March 05, 2004 (Tasik Selatan)

~*~


BIAR

Renyukkan aku
lumat bawah sepatumu
lempar ke ujung dunia.
Siati aku
bakar apa yang tinggal
hanyutkan segenap lautan.
Alang-alang benci
jangan sampai tersisa dendam.

August 25, 2004 (Tasik Selatan)

********************

Makasih
Blogger
Blogskins
Layout

********************

-Lagu Kesyukaan-

     Olif-Tentang Rasa



































































































































































































































































































































































































































































































































web counter


Wednesday, July 14, 2004

Dah lama dah aku ingat nak menulis tapi manjang takde masa je. Bukanlah bz sangat tapi internet yang asyik merajuk ni membuatkan aku selalu hangin satu badan.

Cerita Hari Itu

Selama ini aku selalu dengar org dok kutuk2 filem @ telemovie Melayu. Dan aku pun selalunya akan tumpang sekaki sekali menambahkan penghinaan pada karya2 tu sume. Biasanyalah.

Tapi ada satu2 waktu tu aku menyampah pulak bila dengar org asyik dok kutuk cite Melayu tapi cite Melayu yang penah dia tengok pun ada la dalam 2 @ 3 buah aje. Itu yang dia dok jadikan bahan nak gelak sampai zaman berzaman. Bukannya apa.. kadang2 tu aku rasa ada jugak filem yang masih bagus... cuma diorang aje yang tak nak pergi tengok. Tengok la cite Trauma ke...Pontianak Harum Sundal Malam ke.... ok jugak apa bagi standard cite Melayu... tapi yang boleh jual? K*li*h C**ta... jugak!Kalau dah rasa filem2 Melayu banyak yang teruk, gi la tengok kat panggung bila pengarah kita wat filem yang bagus sikit dari standard biasa. Jadi bila filem dorang untung besar, sume penerbit filem bukak mata yang kita dah pandai memilih filem untuk ditonton. Kita dok penat2 kutuk tapi langsung tak bagi sokongan... penerbit filem yang kita gelakkan tu gelak kat kita balik. Dia pedulik hapa kita gelak kat dia... janji dia tau filem dia tetap akan laku kat wayang sebab ada khalayak penonton sendiri. Penerbit filem yg bersusah payah nak buat kelainan... langsung tak disokong oleh pengkritik2 filem yang ramai ni. Hamboih... panjangnya aku membebel! Muahahaha...

Bercakap pasal menyokong filem & telemovie tempatan ni... aku pun ingat nak wat camtu la apabila aku bersetuju memendekkan masa cuti aku dengan pergi ke Melaka minggu lepas. Kat sana aku & reporter lain menginap kat A Famosa Resort.

Kat sini aku berpeluang menonton vcd 'Ma@R*O Ma**iOn@' & hasilnya sungguh2 membuatkan aku terharu. Terharu dengan diri sendiri sebab sanggup datang kat sini dengan niat yang murni.. sedangkan watak utama vcd ni pun mungkin tak berfikiran camtu. Ada la 2 , 3 orang artis yang datang... tu pun yang tengah nak mempublisitikan diri kat majalah. Alahai...!

Cerita Hari Ini

Aku agak terkejut dengan diri sendiri. Tiba2 hari ni aku boleh sanggup untuk meluangkan masa menonton screening filem 'M@k*R' la pulak kat Mid Valley. Alasan aku pada diri sendiri... nak beri peluang pada penerbit filem ni membuktikan apa yg weird sangat jalan ceritanya macam yg dikabarkan & aku jugak teringin nak tengok camana hasilnya bila filem dibikin dengan kamera harga termahal kat Malaysia.

Oh, ya... filem ni bukan filem Melayu, tapi filem Malaysia. Sebab itulah watak2 utama filem ni didukung oleh pelakon berbilang kaum. Sekali lagi aku terharu bila melihat kesungguhan watak2 bukan Melayu dalam filem ini cuba bercakap dalam bahasa melayu buku teks sampaikan mutu lakonan jadi huru hara. Ini kali kedua produksi ini membuatkan aku rasa nak menjerit lepas nonton filem dorang. Bukan menjerit suka tapi... korang paham2 jelah!

Adui, besar jugak pengorbanan yang perlu dibuat untuk melihat filem Melayu dimartabatkan rupa2nya. Patutlah ramai yang tak sanggup menggadai duit, masa & tenaga, sebaliknya cuma terus mengkritik & mengkritik.....




posted by areyoung at 6:49 PM

~~~*~~~

|