![]() |
![]() |
![]() |
|
:) ~ Ari Lasso-Potret-Sebelum Ujan-Puisi-Balkoni-Jolie... :( ~ Sarkastik-Mee goreng mamak-Rumput basah... ********************
Album:
********************
Kwn
********************
Bes
********************
Yang Lepas2...
********************
Gloomy Day!
~*~
********************
Makasih
******************** -Lagu Kesyukaan- Olif-Tentang Rasa web counter |
|
Aku Masih Senyum Hapa...
Sabtu lepas aku gi konsert So7 kat Melaka tapi aku malas nak ulas pasal tu sbb aku pun masih blur sama ada aku puas hati ke tak pegi konsert tu. Aku jugak baru beli dvd yang aku idam2kan, tapi aku still rasa tak best sebab tengok wayang lagi best kot. Petang ni patutnya aku ada kelas mandu tapi aku malas Aku kecik hati sbb katanya dia slalu paksa diri untuk memuaskan hati aku. Mak tersinggung sbb rasa cam aku dan abang takde masa untuk dia. Ayah dengan kesendirian yang diciptanya dan adik2 lak rasa cam orang tua tak paham apa yang diorang nak. Sahabat setia aku terlalu menggesa dan member sebelah asyik merungut pasal net lembab lalu beliau terpaksa memasang lagu² makan budak untuk melegakan stress. Setiap masalah boleh menjadi jigsaw puzzle yang tercantum ngan mudah bila otak kita tak bekerja. Ini yang aku alami sejak net menjadi lembab pada hari ini dan hari2 sebelum ini sejak akhir2 ini. Hm...alangkah bagusnya kalau aku boleh campakkan saja pc ni keluar untuk melegakan keboringan ni... posted by areyoung at 1:31 PM
Muse-Time Is Running Out
I think I'm drowning asphyxiating I wanna break the spell that you've created You're something beautiful a contradiction I wanna play the game I want the friction You will be the death of me yeah, you will be the death of me *Bury it I won't let you bury it I won't let you smother it I won't let you murder it our time is running out and our time is running out you can't push it underground we can't stop it screaming out I wanted freedom but I'm restricted I tried to give you up but I'm addicted Now that you know I'm trapped sense of elation you'll never dream of breaking this fixation you will squeeze the life out of me * How did it come to this you will suck the life out of me * How did it come to this posted by areyoung at 6:51 PM
Akademi Fantastica
(Takde kena mengena ngan Akademi Fantasia @ Impiana.Heheh.) Malam minggu yg lalu aku berkesempatan menyelit di satu majlis yang dipanggil oleh org2 yang menghadirinya sebagai 'rally'. Mungkin rally yang dimaksudkan di sini ialah satu tempat untuk mengukur sapa yang paling terer mengaut keuntungan menggunakan mulut. Agaknyalah. Dunia dorang penuh meriah. Sebab dorang terdiri dari satu kelompok yang sangat rapat & agak ramai. Setiap hari dorang berlumba2 untuk membunyikan loceng. Dan loceng itu memberi tanda brapa banyak ringgit malaysia, dollar singapore @ rupiah indonesia yang berjaya dorang bawak balik hari tu. Ucapan Malam Tu (kemungkinan ada yang aku salah dengar sebab dipengaruhi oleh ketinggian 'Tanah Tinggi Goh Tong'.) Anak Seluang : Lepas ini saya akan berusaha lebih keras lagi untuk meningkatkan sales. Saya yakin dengan produk kita... saya yakin saya buleh!!! ~Justeru itu kalau ada company yang tawarkan komisyen lebih tinggi... saya sentiasa bersedia untuk memulakan cabaran baru! Abang Keli : Buat anak2 seluang saya... saya amat berbangga dengan anda. Anda semua sungguh bermotivasi sekali. Bagus! Bagus! Malam ni kita 'overtimeeee...!' ~Lebih gigih anda berusaha lebih tinggilah overiding saya... Haha! Bapak Yu : Bukan susah nak capai kejayaan... yang penting konfiden & pandai bercakap! Bla..bla...bla...~Bagus...bagus... Abang Keli ikut nasihat aku. Cari anak seluang yang lebih pandai ikat skirt dari zip seluar... barulah sales naik! Selingan Abang Keli : Eh boss... nak bawak ke mana anak seluang saya tu? Bapak Yu : Oh... dia ni nak tahu cara2 untuk 'pitching' dgn betul... (sambil mengenyit mata) Abang Keli : Yelah. Itu hari saya dah ajar dia sikit... mungkin tak berapa faham lagi kot? (Hehe) Anak seluang turut tersenyum manja sambil dalam diam tangannya menjalar ke poket belakang Bapak Yu... posted by areyoung at 4:26 PM
Ada satu blog milik abang (@ mungkin jugak pakcik) menyatakan blog 'adik'2 yang dia jumpa tak habis2 membicarakan tentang mencari cinta. Haha... aku ketawa sendiri bila membaca itu.
Ya memang. Kebanyakan bloger2 yang hijau memang menyempitkan blog dorang ngan menulis tentang cinta, tentang hidup... & bukannya mengulas isu2 yang buleh membuka hijab pemikiran cam napa lopak kat jalan tak dipandang oleh orang yang diundi masa pilihan raya @ kenapa kereta tempatan terus dikomplen oleh orang yang sedang menaikinya. Kalau ada pun yang menulis & mengulas pun kebanyakannya memfokus pada movie @ dunia hiburan. Kenapa ek? Kalau ditanya pandangan akulah selaku orang yang 'adik2' tu (aku mmg layak dipanggil adik pasal aku masih muda ok! :p)... jawapannya mudah saja. 'Hemm... kami menulis tentang cinta kerana merasakan ia satu peristiwa yang besar dalam hidup sekarang ni. Mungkin... bila dah bertemu cinta nanti kami tak perlulah lagi berfikir tentang ini & mengalihkan perhatian menulis tentang perkara yang lebih serius & matang cam abang2 & kakak2 pulak.' :) Lagipun... kami tahu abang2 takleh tulis pasal mencari cinta lagi sebab ia dah ada kat rumah kan? >(Sila baca ~ Nak mamposss?!) posted by areyoung at 5:35 PM
How It's Feel to be Bad (I)
Ko setia pada sorang ni. Setia sungguh2. Tiba2 dia khianati engkau. Dia bukan saja menipu... malahan dia cipta pulak kisah2 yang buatkan ko tak percaya dia sampai hati buat ko cegitu. Kau pun bersedih hingga tak tahu nak cakap apa... nak buat apa... Mata kau hilang sinar! Ko terpaksa melangkah walaupun takut. Sedar2 ko dah terjerat. Ko jumpa satu dunia baru yang hilangkan sunyi walaupun pedih masih terasa di hati. Ko tahu ko hanyut, tapi ko biarkan sebab itu saja caranya untuk ko elakkan diri dari buat mende yang lebih bodoh. Hakikatnya ko tetap bodoh pun. Ko rasa ko dapat balik semangat yang hilang. Ko ketawa kuat2. Ko melompat sampai ke awan. Ko tahu ko kuasai segala2nya. Ko boleh dapat apa yang ko nak. Pergi mampus sama dia! Hahahaha... ko ketawa kuat2 sedangkan sebelum ini nak senyum pun ko tutup mulut dengan tangan. Kan ko kuasai keadaan? Jadi bila ko kata ko nak dia balik melutut kat ko itulah yang terjadi. Dia menangis di hujung jeans & ko tersenyum nakal. Mata ko penuh sinar dendam & marah yang tak sudah tapi hati ko masih tersentuh sebab dia pernah mengisi seluruh warna kat hati... ...persetan ngan hati sebab kelembutannya dah diganti rasa ragu. Ko hilang percaya, jadi ko humban pujuknya jauh2. Ko benamkan harapan dia sampai remuk. Tak cukup dengan tu kau pijak2 harga diri dia sampai lumat. Ko bukan lagi ko yang dulu. Hahahahaha! Ko ketawa lagi kuat sedangkan air mata turut keluar dalam masa yang sama... posted by areyoung at 3:24 PM
Hari Penat Aku
Di belakang belikat kanan ini ada satu liang. Apabila aku terlalu sedih, ia menjadi ngilu hingga ke paras siku. Liang itu sudah tertutup ketika aku fikir aku sudah mendapat sinar satu waktu dulu. Hari ini ia ngilu semula. Aku jadi penat semacam. Kamu tentu tak faham apa yang aku rasakan sebab kamu tak alami. Kamu tak pernah rasa macam mana rasanya sakit di ulu hati yang membuatkan seluruh tubuh menjadi kejung. Dan kamu tentu tak pernah rasa bagaimana kepala kamu berdenyut hingga ubun terasa kebas. Semalam aku ditipu lagi. Walaupun kecil, cukup menyakitkan hati sebab aku dah banyak kali cuba bertanyakan kebenarannya dalam keadaan perasaan yang masih tenteram. Dan hari ini? Sekali lagi aku ditipu! Aku rasa diperbodohkan apabila kenyataan semalam bertukar jadi pertanyaan kat aku balik. Haduiii! Aku naik tangga, turun tangga, naik teksi, turun teksi, jalan kaki balik semula... semuanya untuk menyenangkan orang yang pada mulanya penat untuk menghantar aku. Sampai kat ofis, pass pulak tertinggal. Dah satu keje pulak aku nak kena turun pegi mintak pass. Penat lagi! Tambah penat bila semua orang meninggalkan aku sendirian hari ni. Semua orang ada agenda & rancangan cuti masing2. Yang tinggal cuma aku yang tak pernah boleh merancang @ sekurang2nya masuk dalam rancangan orang lain. Ini membuatkan aku rasa sungguh2 kecewa. Nampak sangat aku ni tak penting buat diorang sume. Dulu aku pernah penat jugak, tapi penat untuk melupakan kenangan. Hari ini aku penat lagi, tapi bezanya untuk mengubah kepincangan yang aku dah buat. Dan itu lebih lagi menyakitkan. Penat & menyakitkan. Tapi takpe... aku akan cuba menjadikan kesakitan ini satu makanan ruji. Bagaimana? Kamu suka tak? posted by areyoung at 9:40 AM
Aku & Sekor Tupai
Satu waktu dulu aku terpengaruh ngan watak tupai dalam cite kat tv yang pintar & comel sampaikan naluri keanak2an aku meronta2 nak bela tupai sebagai binatang peliharaan. Nak dijadikan cite, buleh ada pulak tupai yang tak sayang nyawa suka sangat curi2 masuk dalam rumah aku waktu petang. Lalu aku pun merangka pelan untuk menangkap tupai ni seterusnya menjadikannya binatang peliharaan. Untuk melengkapkan misi ni, aku turut disertai oleh adik2 sebagai pemerhati & penyorak. Jadi aku ambik perangkap tikus (sangkar besi), kemudian letakkan pisang kat besi yang selalunya ditaruk kepala ikan kalau nak tangkap tikus. Jerat tu aku letak tepi rumah, tempat yang selalu jadi laluan tupai tu bila nak masuk dalam rumah. Pastu aku ngan adik2 dok diam... tengok apa yang berlaku. Akhirnya aku berjaya! Bersorak2 aku ngan adik2 tengok hasil tangkapan kitorang waktu tu. Tapi yang jadi masalahnya, tupai yang terperangkap tu dah jadi cam gila kat dalam perangkap tu. Dia menyondol2 besi sampai muncungnya berlumuran darah. Aku rasa kesian, tapi tak nak lepaskan dia sebab aku dah susah payah nak dapatkan dia. Lagipun aku bukannya nak aniaya dia, aku cuma nak dia jadi binatang peliharaan aku aje. Nanti aku bagi la makanan yang lagi sedap2 daripada yang selalu dia makan tu! Lagi okey apa daripada dia dok curi2 makanan kat luar nun... Akhirnya aku terpaksa lepaskan jugak tupai tu sebab dia nampaknya macam nak bunuh diri sebab terus menyondol2 perangkap tu. Sebaik pintu perangkap dibuka, dia terus melompat laju keluar menuju ke belakang rumah, mungkin balik sarang balik kot. Bergenang air mata aku sebab aku memang nak sangat2 bela tupai waktu tu. Nak pergi pet shop, toksah haraplah. Selain kat kampung aku takde petshop, mak pak aku dah sah2 takkan setuju punya nak ikutkan permintaan ngarut camni. Bila diingat2 balik sekarang, aku bersyukur sebab aku lembut hati untuk lepaskan balik tupai tu sebab dia mungkin ada kuarga kat sarang... mungkin dia ada anak2 yang tunggu dia balik bawak makanan... lagipun kehidupan dia dah cukup bagus sebab memang camtulah kehidupan seekor tupai yang direncanakan oleh Allah taala, takyahlah aku yang manusia ni nak pikir lebih2 kononnya kalau idup ngan aku dia akan lebih mewah dan gembira. Hmm... kadang2 kita sangka ini tak baik, itu bagus.... sedangkan setiap sesuatu tu ada hikmahnya. Hanya hikmah tu kadang2 lambat kita ketahui @ kadang2 hanya Dia yang tahu. Wallahualam~ posted by areyoung at 4:05 PM
|