![]() |
![]() |
![]() |
|
:) ~ Ari Lasso-Potret-Sebelum Ujan-Puisi-Balkoni-Jolie... :( ~ Sarkastik-Mee goreng mamak-Rumput basah... ********************
Album:
********************
Kwn
********************
Bes
********************
Yang Lepas2...
********************
Gloomy Day!
~*~
********************
Makasih
******************** -Lagu Kesyukaan- Olif-Tentang Rasa web counter |
|
Makasheh manyak2 kat Cenderawasih sbb ajar aku cara nak masukkn lagu kat dalam blog ni. Jasamu dikenang.. heheh...
posted by areyoung at 5:55 PM
APA CITER NI KAWAN?
(Ni bukan cite aku... bukan aku yang tulis, tapi seorang kawan yang rasanya biarlah dikenali sbg 'Sabut' shj.) PEKABBUMMM!!!!!! "Adoi! Oi kala jengking, kau patuk aku ye?" Selamber je dia marah kat kilat tu sebab patuk dia, mcm kena patuk ayam je. "Alaa gurau pun tak boleh ke?! Aku tengok kau menung je superman!" Laaa... superman rupanya.. "Mat..bangun..dah lambat ni..OII!!BANGUN LAAA!!!" Haaa?? Ceh.. mimpi superman rupanya aku.. cilanet betul org tua ni.. kalau dia biar je aku tidur tadi mungkin aku dah bertemu dgn awek superman, Lana Lang. Cun gile babe.. fuhh. Alaa yg dlm cerita smallville tuu.. hidung dia.. "Hey mat!! Aku kata bangun, bangun la... cik intan dah tunggu tuu..janji pukul 9." Memang cilanet sungguh org tua ni.. dah la kacau aku mimpi, aku nak layan blues sekejap pun dia kacau.. aku tau mamat sorang ni memang jeles ngan aku. Sebab aku hensem sikit dari dia. Mamat ni kalau korang tengok stail dia.. tak lebih, sama standard je dgn rak kasut aku kat dlm bilik ni.. hehh. Farid namanya, org batu kurau.. Aku nak cerita sikit bezanya aku dgn dia dlm hal berkawan ni.. aku kalau berkawan, tak kira dgn siapa, aku akan cuba bg diorang senang dgn aku.. happy dgn aku.. pasal tu aku berjaya dlm kerjaya aku sebagai sales manager. Pendek kata kalau aku ada kawan yg nak pegi rogol awek anak jiran sebelah pun aku akan sokong.. supaya dia suka berkawan dgn aku..sebab aku setuju dgn dia, sebab aku tak larang dia, sebab aku tak nasihat dia sampai jadi biul, sebab aku tolong pulak lagi bg idea mcmana nak rogol.. walau pun aku tau benda tu salah. Tapi farid tidak begitu.. Dia adalah kawan yg sejati..kalau aku buat salah dia pasti tegur..begitu juga dgn org lain termasuk awek2 dia..cis..banyak awek mamat nii. Tapi begitu lah lumrah nya.. tak semua org boleh terima dia sebagai kawan termasuk lah awek-awek dia tuuu.. hahahaha!! "Apa kau nak pening-pening farid? Bak kata org kita boleh bawa kuda ke tempat minumannya, tapi dia nak minum ke tak nak ke kau tak boleh paksa." Pagi tu kami berjumpa cik intan. Lewat la sikit. Dlm perjalanan tu sempat la farid menjalankan tugasnya sebagai kawan sejati. Membebel tak habis-habis. Aku? Aku mcm dia jugak. Menjalankan tugas aku sebagai kawan yg mengembirakan hati kawan. Memek muka aku memang nampak mcm sedang mendengar bebelan farid.. tapi kepala otak aku.. hehh.. masih teringat kat Lana Lang awek superman. Manisnye!!! "Selamat pagi cik intan" sebagai seorang sales manager pasti aku lebih mahir dlm hal-hal mcm ni kalau nak dibandingkan dgn rak kasut yg membebel dari tadi ni.kami berbincang pasal perabot dan hiasan dalaman untuk bangunan baru cik intan. Untuk pengetahuan aku dan farid menjalankan perniagaan id-interior design manakala cik intan adalah pengurus butik dan salon kecantikan. Cik intan.. tau apa farid kata pasal cik intan? Lawa..manis..comel.. lemah lembut.. tapi Haaa.. aku dah masak sangat dgn perangai si farid ni.. dia punya 'tapi' bukan beerti sebaliknya(kritik pulak) tapi 'tapi' yg farid punya ni lebih berbentuk 'risau'. Nak tau apa farid kata lagi? "Dia nampak mcm mudah percaya kat org kan. Cepat mesra pulak tu.. bahaya tuu.. kena org mcm kita ok la kan.. kena dgn buaya tengok.. habis wooo.. macamana la agaknya life dia sehari-harikan? Sapa kekawan dia? Macamana pergaulan dia? Pertuturan dia? Harap-harap dia pandai la jaga maruah diri ye.. sayang.. muka lawa..jadi awek aku kan best.. patut dia kena pakai pakaian yg lebih tertutup la kan.. supaya ada la bentengnya.. lelaki segan la sikit kan.. bla..bla..bla.." Tapi nak tau apa pula aku cakap? "Kalau dia suka dgn katalog ni, setuju dgn harga ni..setuju nak ambik barang kita..kaya la kita 3,4 bulan ni.. dlm masa projek nanti boleh la beramah mesra dgn cik intan..untung2 boleh jadi kekasih.. fehh!! Memang bertuah badan.. Aduh.. dah letih.. cerita ni kira anggap dah tamat je la ye.. sorry. *Kata Sabut cite ni takde kena mengena dgn yang hidup mahu pun mati. Tapi... kenapa aku rasa macam pernah mimpi aje pasal cite ni ye? Hmmm..... posted by areyoung at 4:09 PM
Aku berlagak biasa & kamu pun sama...
jauh di hati kita tahu ada yang tak kena! posted by areyoung at 3:28 PM
Babe - KRU
Perasan tak muram air muka? Eh.. mungkin tidak kerana ku dah kau lupa Jauh di mata, apatah lagi di hati Riuh tetap sunyi bila kau bersendiri Oh patutlah lagu dah tak semerdu Puputan bayu dah tak senyaman dulu Ku pasti kerana tiada pelengkapnya Ketiadaanmu dirasa Jangan serkap jarang hidupku bahagia Memang berat tak ku nafikannya Walau cintamu rapuh dah keyakinan runtuh Dengar ku bicara Oh babe, ku masih menyinta Oh babe, ku masih setia Pilu.. lara.. hiba di jiwa Kelabu di kalbuku Oh babe, ku makin tersiksa Oh babe, ku makin terasa haru Bisakan disembuh andainya kau di sisiku Oh babe ku masih perlukanmu Sehari dua mungkin boleh ku harung Masuk ketiga berlewah ku termenung Selepas seminggu fikiran bercelaru Meruap² bimbangku Ke sani sini terpinga tercari² Petanda kau masih menyayangi Walau cinta kau pudar, kan ku teruskan jua Rontaku di jiwa Luahkan saja sebabnya Punca kita tak sehala Akan ku ubah sikapku Seperti yang kau mahu Katakan saja kau pinta Walau tuk hujan ditadah Agar tak basahi cinta kita yang goyah Kembalilah *Catchy kan lagu ni? posted by areyoung at 11:22 AM
Napa Aku Suka Mendung
Aku akan ingat sampai bila2! Pagi tu hujan renyai2. Lepas makan nasi goreng kaler kuning mak, aku bergegas ke tingkat atas. Suasana redup & hujan yang turun tipis membuatkan suasana seindah latar cerita kartun 'My Little Pony & Friends' bagi aku. Aku jengketkan kaki untuk meninjau dengan lebih jelas dari celahan nako. Ala.. hari ni tak banyak burung2 yang bertenggek kat atas wayar elektrik depan rumah. Bunyi kicau dorang pun tak semeriah selalu. Sebab ujan kot! Aku beralih pandang ke arah pokok durian belanda di tepi rumah. Aku perhatikan daun yang menari terkena rintik hujan & dahan yang berkilat basah. Tiba2 seekor kelicap bertenggek dengan bulu yang lencun. Comel sungguh! Tak sedar sampai berapa lama aku berjengket kat situ, tapi segalanya berakhir setelah matahari keluar. Ah.. benci la matahari ni...(Aku terlalu hijau untuk mengaitkan keadaan dgn unsur agama waktu tu.) Dan sejak hari itu aku merasakan satu keindahan terbit kat hati apabila cuaca mendung & hujan turun renyai2. Sesungguhnya, suasana beginilah yang paling aku rindu apabila aku merasa tiada lagi ketenangan dalam hati saat ini! posted by areyoung at 10:47 AM
Aku Yang Cari Penyakit @ Kamu Yang Tak Hargai
Penat. Parah. Berdarah. Betullah. Aku pernah dengar satu kajian menyatakan kalau kita wat muka masam, kita akan lebih mudah merasa penat. Pasalnya bila kita masam, kita menggunakan lebih banyak otot untuk ekspresi itu berbanding tersenyum. Oh, patutlah skarang aku selalu rasa penat. Rupa2nya aku selalu wat muka masam. Jadi aku cuba senyum. Bila kamu nyatakan sesuatu dengan nada memujuk semalam, aku cuba jugak senyum. Nak senyum kena bertenang. Nak bertenang kena dok jauh2 buat sementara waktu. Bila aku cuba terangkan teori senyum aku, kamu pulak tak faham & ingat aku merajuk. Jadi lagi aku nak jauhkan diri, lagi kamu dekati. Alamak, aku sangat cemas. Tangan aku mula menggeletar balik. Aku nak humban jauh2 rasa bangang kerana mengingati kamu yang tentunya sedang gembira tapi takleh. Aku cuba jadi Mak Andeh yang berfikir gunakan akal & realiti~ bukan emosi, tapi tak jalan jugak. Mungkin sebab masa cuti itu hari aku dah lama tak bukak blog dia kot? 'Dah tau nak jadi macam ni, napa decide awal2 dulu....' ayat yang lancar aje keluar dari mulut kamu itu hari berjaya meletakkan kamu dalam carta pertama orang yang paling handal menjadikan hati aku terbakar jadi debu. Tahniah. Inilah balasan yang aku terima kerana meletakkan kamu sebagai kepentingan utama dalam membuat keputusan dulu. Dan hari ini pun kamu masih yang utama. Itulah dia masalahnya. posted by areyoung at 10:18 AM
Bulan Dukacita
Aku cuba sabar, bertenang & faham. Tak tahulah sebab Mei bulan penuh getir atau setan yang dah berjaya mengembalikan baran kat aku setelah lama aku tinggalkan... sedar2 jiwa aku tepu dengan perasaan memberontak. Susah aku nak lapah perasaan tak keruan kat hati ni sebab ia rupa2nya dah lama jadi melukut. Sudahnya... darah aku sentiasa menggelegak. Dahlah cuaca sekarang ni punyalah panas sampai buat aku sakit kepala! Ah... segalanya macam dah berpakat nak melengkapkan ujian dalam hidup aku di bulan lima nih. posted by areyoung at 3:39 PM
Aku tak nak cakap, kamu paksa. Bila aku cakap, tenang kamu entah ke mana. Sedar2 kita tengah mempertahankan teori ayam & telur - sapa yang dulu. Pastu ayam entah ke mana, telur tah ke mana. Kamu bukak pulak cerita ayam dgn telur emasnya. Kata kamu, senang2 biar kamu belah aje perut ayam tu... pastu kita tengok berapa banyak telur emas yang ada. Pergi gadai, dapat duitnya & kita takyah dok tunggu ayam tu bertelur emas lagi. Jimat masa, senang cerita!
Ah, sudah. Aku tak mahu kamu buat kerja gila & bodoh. Cukuplah aku seorang selama ini. Okey. Daripada kamu berperangai macam gila sekarang ni, baik tutup cerita. Mafkan aku. Aku tahu, maaf itu yang kamu nak dengar kan. Maaf. Maaf. Maaf. Aku beri apa yang kamu mahu. Biar aku pendam apa yang aku rasa mulai sekarang. Buatlah apa sahaja yang kamu fikir betul. Tapi tolong jangan cakap perkataan sabar dengan aku lagi. Dan jangan sebut frasa time concern. Cukup. Noktahkan. 'Ini adalah keputusan, bukan perbincangan'. Tentu kamu buat gila semula kalau aku ulang ayat ni lagi kan? Jadi aku akan biarkan masa yang menjawab persoalan kita. Sama macam kamu buat pada aku selama ini... (kalau kamu perasanlah). p/s Maafkan aku ayam. Ngko sebenarnya takde kena mengena dalam ini cerita. posted by areyoung at 3:37 PM
Sambil menyambut cawan berisi lebihan Nescafe dari tangan Wan auntie sempat berkata kat aku, 'Awak ni napa? Tak sihat ke? Tak sihat baliklah...'
Waaah! Akhirnya ada jugak manusia yang menyedari kehadiran aku kat tempat keje hari ni. Hehe... aku tau auntie cuma menjalankan tanggung jawab sebagai seorang Melayu sebab dia cuma berkata2 sambil mengerling sekilas aje tapi takpa la. Aku amik positif setelah banyak yang negatif berlaku kat aku dalam suku hari ni. Aku cuba, jangan ingat aku tak cuba..... posted by areyoung at 5:04 PM
Say La V
Aku mula mengenali Abg Sli setelah dia balik ke kampung. Lama jugak la dia duduk kat Brunei nun, sampai aku pun dah lupa camana rupa dia masa dia belasan tahun (masa tu pun aku kecik lagi). Dan aku pun tak ingat sebila dia berangkat ke sana, tahu2 dia dah balik kampung. Bagusnya Abg Sli ni, bila dia dah balik ke kampung dia buat rumah besar untuk keluarga dia & mengubah terus keadaan hidup kuarga Pak Ngah aku yang agak tak terurus setelah kematian Mak Ngah aku dulu. Cuma yang tak bagusnya, dia kurang menghormati mak tiri dia & aku tak tahu apa yang sebenarnya berlaku pasal anak2 Pak Ngah ngan arwah Mak Ngah memang tak brapa suka sangat kat mak tiri dorang walaupun memasing blaja agama tinggi2. Tahun lepas Pak Ngah aku dok bising2 pasal Abang Sli tak kawin2 lagi sedangkan umur dah menginjak 40-an. Ramai jugak sedara mara dok memadankan dia ngan anak dara @ anak buah yang ada bau2 bacang tapi dia cuma sengih aje. Tup2 dia buat keputusan nak kawin ngan Kak Nor, janda anak 3 yang berasal dari Kelantan tapi bekerja sebagai nurse kat kg aku. Aku pernah jumpa K. Nor pun sekali aje, tu pun sekejap masa kenduri kat rumah Pak Tih. Apa yang menyedihkan, Pak Ngah meninggal sebelum sempat Abg Sli berkahwin di depan matanya. Dah kawin, Abg Sli & kuarga tinggal kat kg. Serumah ngan mak tiri dia tapi ada partition dibuat diantara rumah tu yang membezakan antara ruang rumahnya & Mak Ngah. Tak tahulah aku apa perlunya perkara tu sebab aku tak tau apa sebenarnya yang berlaku antara mereka tapi itulah yang aku nampak ketika datang beraya ke rumahnya raya haji yang lepas. 2 minggu sudah, mak beritahu aku K. Nor dah meninggal kerana sakit selepas 8 bulan (lebih kurang) melahirkan anak tunggal Abg Sli. Terperanjat aku. Tapi yang lebih memeranjatkan aku, 3 hari lepas ketika aku & emak sedang membungkus pulut udang di ruang tamu, mak memberitahu perkara sebenar punca kematian K. Nor. Puncanya ialah AIDS! Rupa2nya bekas suami arwah ialah penagih dadah & kumannya telah menjangkiti bekas isterinya yang tak berdosa. Macam mana dengan Abg Sli & Baby yang baru nak belajar mengekek tu? Mak menggeleng. Ya Allah... tiba2 aku rasa sayu mengenang nasib baby yang baru nak menghirup udara dunia. Kejam takdir yang menimpa Abg Sli, tapi semuanya mula berpunca kerana seorang manusia yang tak berhati perut. Kata mak, doktor dah nasihatkan arwah supaya menggurkan kandungannya dulu, tapi Abg Sli tak nak kehilangan satu2nya zuriat yang mereka mampu ada. Kini doktor meramalkan baby mungkin mampu hidup selama 10 tahun sahaja. & Abang Sli? Entahlah.... Say La V ~ Inilah kehidupan! posted by areyoung at 2:42 PM
Mati Itu Benar...
Dua tiga hari lepas tiba2 aku terfikir akan kematian & rasa sedih semacam. Ini mengingatkan aku kepada kenangan sewaktu aku berumur lebih kurang 8 tahun. Masa tu, aku tiba2 ditimpa penyakit kemurungan yang sangat teruk dalam sejarah hidup aku. Aku tiba2 rasa sayu, sedih & takut tak menentu. Sebelum tidur aku akan terfikir macam mana kalau aku mati dalam tidur. Akhirnya ia hilang sendiri bersama masa... Al-hamdulillah. Dan aku jugak pernah terbayang macam mana kalau aku tiba2 dikejutkan dengan berita kematian mak @ ayah? Arghhh.. tak sanggup rasanya bila memikirkan macam mana beratnya perasaan yang akan aku pikul kalau orang tua yang sangat2 aku kasihi tu pergi meninggalkan aku tanpa sempat aku melakukan sesuatu yang besar bagi menggembirakan dorang. Tapi ajal maut tu di tangan tuhan kan? Entah2 aku yang segar bugar ni pergi dulu? Mana la tau. Isk! Isk! Tetiba teringat dosa yang membukit. Ya Allah... bantulah hamba Mu ini berhijrah! Rupa2nya ada sebab kenapa aku berperasaan cegitu (?). Pasal semalam aku, mak & ayah terkedu apabila mendapat tahu tok wan sudah 3 hari meninggal dunia. Tak guna nak salahkan sesiapa @ mencari punca macam mana peristiwa sebesar ini boleh terlepas daripada pengetahuan kami rasanya sebab perkara ini dah pun berlaku kan! Apa yang boleh dibuat cuma menyesali diri & mendoakan yang baik2 sahaja buat arwah. Al-Fatihah.... posted by areyoung at 1:19 PM
|