![]() |
![]() |
![]() |
|
:) ~ Ari Lasso-Potret-Sebelum Ujan-Puisi-Balkoni-Jolie... :( ~ Sarkastik-Mee goreng mamak-Rumput basah... ********************
Album:
********************
Kwn
********************
Bes
********************
Yang Lepas2...
********************
Gloomy Day!
~*~
********************
Makasih
******************** -Lagu Kesyukaan- Olif-Tentang Rasa web counter |
|
Aku Bukan Kera
Susah sebenarnya nak carik kawan baik ni... (ke aku sorang aje yang rasa camtu?). 1st besfren yg aku ada masa aku darjah 4. Dari tadika sampai darjah 3 tak pernah dapat nombor sikit dalam pekse, tup2 aku dapat no 2 dari darjah 4-6. Sumenya sebab dia. Nama dia AZRINE MUSA. Kat mana agaknya dia skarang yek. Aku kagum gila la kat dia ni masa aku budak2 dulu. Kalau dia masih tak berubah sampai sekarang, aku rasa dia akan jadi sorang pompuan yang terbaik. Bayangkan... selama 3 tahun aku berkawan rapat ngan dia, tak pernah sekali pun dia menyakitkan hati aku. Dia tak pernah berbohong, lemah lembut, pandai melukis.... sumenya yang baik2 la! Sampai cikgu pun sume respek kat dia. Pernah masa aku darjah 4, kelas aku blaja Muzik ngan sorang cikgu nama Shahirin. (Alah... aku reveal nama pun bukan ada sapa2 kenal kan!). Dia ni memang berbakat besar dalam muzik, tapi kuat mencarut. (Boleh gitu?). Satu hari tu dia mencarut2 kat dalam kelas. (Kalau anak aku dapat cikgu camni satu hari nanti memang aku lempang cikgu camtu). Pastu... kitorang sume ngan pikiran yang tak cukup seposen masa tu pun ikut la gelak2 dengar cikgu tu cakap camtu tapi Azrine diam aje. So cikgu ni pun tanya kat dia, 'Cikgu tengok sume orang gelak, kenapa kamu masam aje ni?' Nak tau apa Azrine jawab? 'Mak ayah saya tak pernah ajar mende macam ni sume!' Ha amik ko..... Seperti yang dijangka, Azrine masuk skolah satu skolah sains (kat Pekan kalau tak silap aku) lepas UPSR walaupun kami sama2 dapat 4A sedangkan aku tercampak kat satu asrama di Kuantan. Mungkin sebab peratus aku tak setinggi dia kot aku tak dapat tawaran yang sama? Aku pun dah lost contact ngan dia sejak ari tu... Di ASBTAR Kuantan aku kawan baik lak ngan Minah, Janiza, Shitah & Aziah. Dalam kitorang berempat ni Minah la yang paling klaka. Klaka + gila! Paling aku tak dapat lupa kenangan dia menari Ballet lepas makan tengah hari, tiru gaya mulut ikan bercakap, menyanyi soprano.... gila ah dia! Minah skarang dah jadi cikgu Kimia... Janiza, Shitah & Aziah lak masih praktikal. Sebenarnya baru2 ni aje aku tau kabar pasal diorang, sebab aku tak sampai form 5 dok hostel tu. Camana aku buleh kontek diorang pun macam tak caya aje dia punya kebetulan. Satu hari tu aku ternampak ada satu namecard... aku tengok nama bapak org dalam namecard tu cam nama bapak janiza... so aku kontek nombornya & telahan aku ternyata tepat! Gitulah citenya secara ringkas. Lepas aku pindah skolah kat kampung semula, aku kawan baik pulak ngan Norhasnizam (Nor) & Hasmah. Diorang ni pun buleh tahan gak kepala gila... sampai zaman skolah menengah aku dulu aku asyik ketawa sampai kepala naik berdengung. Nor ni memang lawa budaknya... baru2 ni dah kawin pun ngan orang blakang umah dia. Hasmah pulak brutal sikit.. ala2 ganas, suka pakai t-shirt ngan suar aje, suka main roller blade, tampar2 aku ngan Nor... (sakit weh kena tangan dia!).Tapi yang klakanya skarang dah keje kat BSN KLCC. Ada la skali dua call aku pastu senyap. Aku tertanya2 gak camana agaknya rupa minah ni kalau pakai kebaya BSN yang ketat tu? Muahaha.... Masa zaman kat kolej lak aku rapat ngan Zuzi, Mas, K. Ani (sepupu aku).. tapi... sesuatu telah berlaku & sume org memilih jalan sendiri. So sekarang yang tinggal cuma aku & zuzi... Isk! Isk! Aku ingat nanti bila aku buat majlis kawin (kalau ada yg sanggup memperjudikan nasib pegi jumpa mak bapak aku la ;p) mesti aku tak dapt hadiah banyakkk2 kan.... aiseh. p/s Apa yang aku maksudkan dalam tulisan ini adalah kawan rapat yang pernah berborak kosong, kuar jenjalan, kongsi masalah, menyanyi, merapu meraban, me... ~dll bersama aku. posted by areyoung at 5:50 PM
I Hate Everything About U - 3 Days Grace
Every time we lie awake After every hit we take Every feeling that I get But I haven't missed you yet Every room I get awake Every sigh and scream we make All the feelings that I get But I still don't miss you yet Only when I start to think about it... I hate everything about you Why do I love you I hate everything about you Why do I love you Every time I lie awake After every hit we take Every feeling that I get But I haven't missed you yet Only when I start to think about it... I hate everything about you Why do I love you I hate everything about you Why do I love you Only when I start to think about you I know Only when you start to think about me do you know I hate everything about you Why do I love you You hate everything about me Why do you love me I hate You hate I hate You love me I hate everything about you Why do I love you Best wo lagu ni.... posted by areyoung at 9:19 AM
Ya! Ya! Sumenya Salah Aku!
Selalu kat dalam cite melayu apabila orang yang disayangi buat hal @ buat tak kesah ngan yg lagi satu, orang yang jadik mangsa tu mesti cakap 'awak dah jemu ngan saya ye?'. Ah... buat apalah aku nak buat mukadimah yang panjang2 ni? Senang cite sesapa pun biasanya akan bertanya pada dirinya 'Dia ni dah jemu ngan aku ke?' bila org yg disayangi cam berubah hati jek..tul tak? Isk!Apa aku tulis ni? ~ Ah sukati la janji aku paham! Bila dah sampai satu waktu berlaku pergolakan dalam sesebuah perhubungan, segala kepincangan & kesilapan walau sebesar bijik sawi pun akan berkait satu sama lain sampai akhirnya menjadi kusut yang sukar dileraikan. Bezanya ialah sejauh mana kendalian emosi dibuat. Yang jenis suka melenting & menjerit macam kena rasuk tu... kemungkinan untuk hubungan terus ranap amat tinggi. Manakala bagi yang jenis suka memendam perasaan pulak, hubungan mungkin akan jadi hambar & bertindak seperti barah yang diam tapi kejam. Sebenarnya mungkin orang yang dianggap masam @ tak pandai bersyukur tu ada puncanya kenapa dia jadi camtu. (Tak caya ngan teori ni sila rujuk cite Monster~perkaitan yang agak janggal sebenarnya). Kadang2 tu bila luka kat hati cuba diubat sendiri, camnilah jadinya. Empunya diri pun sangka dia doktor yang baik, tapi rupa2nya tak. Abih nak buat camana? Bila dah timbul perasaan jengkel, KECEWA, rasa tak dihargai..., akhirnya bertandanglah perasaan2 yang tak sepatutnya macam malas, suka berpetah, tanak dengar kata, muka toye, suka mendesak... dan banyak lagi la sifat2 negatif lain yang kalau aku minta dia senaraikan satu persatu tentu dia akan bersila & sebutkan sumenya sekarang juga dengan gembiranya. Jangan salahkan aku. Tolonglah. Aku memang degil. Panas baran. Suka mendesak. Suka kondem. Tapi pernahkah kamu perasan sejak bila sume itu muncul? Kamu tentu tak perasan sebab kamu tak pernah mengira hari macam aku kan. Kan? Kan? Kan? Kannnnnn? Tah napa tah aku menulis pasal ni sume. (Mungkin aku sendiri tengah buat2 bingung. Biarkan aku, jangan tanya.) La... la... la... (aku menyanyi ngan riang skarang ni sebab aku kata aku nak ceria2 lepas balik bercuti. Oh jangan salah faham. Aku belum GILA lagi okey?!) posted by areyoung at 5:37 PM
Rasa liat pulak nak pegi keja bila dah lama berehat dari mengadap skrin pc nih. KL - Melaka - JB ... Al-hamdullillah, aku rasa cuti ni banyak membantu meringankan palotak aku & sekaligus mengurangkan nafsu amarah aku yang asyik bermaharajalela sejak itu hari.
Tak banyak aktiviti dibuat kat Melaka tapi yang beshnya, aku check-in kat tempat paling happening kat Melaka iaitu Melaka Raya. Jejak aje kaki kat sini, banyak kenangan lama menerpa. Banyak wo... kenangan manis aku kat sini. Tapi yang lepas biarkan lepas. Daripada dok mengenang yang manis2 tapi dah jadi cite lama, baik kita cipta kenangan baru yang lebih manis kan? Cewah!!! Oleh sebab kat Melaka pun sehari aje, aku cuma sempat pusing2 bandar Melaka, gi makan ikan bakar kat Klebang (apa ke nama restoran tepi sg tu... Bud's?), gi muzium :P, main boling kat Mahkota Parade....Tak berkesempatan pun nak gi Portugese... apatah lagi Downtown. ;D. Anyway nasik lemak kat tepi tambak tu masih sedap! Di JB banyak sikit aktivitinya- tapi yang paling besh beramai2 bersama kuarga tercinta pegi makan kat Stulang Laut la. Duduk aje, sume pelayan datang kerumun. Sampai nak order pun rasa tak tau yang mana satu. Walau pun kemungkinan untuk tikus menari2 kat tepi pagar yang memisahkan selat Tebrau dengan Pulau Singa tu ada, tapi suasana tu yg besh...Lagi satu yg paling penting kalau pegi JB, memang tak sah kalau tak pekena nasik lemak simple kat depan Grand Cont Hotel. Ayam goreng dia.... pergh!!! Yang paling mengejutkan+besh(?) masa percutian aku kali ini adalah berkunjung ke Holiday Plaza JB. Ngeh.. ngeh.. memanglah ini shopping complex biasa, tapi kat sini ada satu kedai yang aku rasa memang payah sangat nak jumpa kat Malaysia ni (kalau ada pun bukan aku tau). Condom Shop! Gila ah! Memula masuk aku ingat kedai ni jual kondom2 macam yg selalu ada kat Seven E tu aje, tapi sekali tengok... Omakau! Macam barang ada!! Apa barang? Semuaaa ada! Aku tengok cina yang jaga kedai tu pun cam slamba aje padahal aku diberitahu kedai ni dah pernah kena rush lebih dari 3 kali... pernah masuk paper pun. Isk! Isk! Lebih dari 3 kali rush tetap utuh berdiri. Camana tu? 'Best do cuti.... bila agaknya dapat aku mengulanginya lagi?' Wuahhhh (bisik hati aku sambil menguap dengan malas sekali nak setat buat keja). posted by areyoung at 11:25 AM
Jikalau kau marah... keluarkan segala amarah mu,
kerana itu bisa melegakan perasaanmu Jikalau kau gembira...keluarkan kegembiraanmu, biar semua org disekelilingmu tahu Jikalau kau bersedih...keluarkan kesedihanmu dengan menangis kerna itu bisa meredakan hatimu Tapi jika kau malu... JANGAN sesekali keluarkan kemaluan mu.. kerna akan binasa la hidup mu... Hahaha... mulai esok aku setat cuti. Demi keluarga, demi mengatur semula sesuatu yang sudah tergelincir dari landasannya. Lepas ni aku nak ceria2. Tanak sedey2. Hmphh! posted by areyoung at 4:58 PM
Semalam aku bersuara semula. Dan kamu mula membuka cerita tentang itu. Sesuatu yang aku mahu & rayu untuk kamu faham. Anehnya aku hanya rasa kosong. Tak mampu nak membalas harapan yang kamu janjikan lagi & lagi. Malah nak senyum pun rasa kekok. Sudah penat sangatkah aku?
posted by areyoung at 4:50 PM
Napa ye... sejak 2 menjak ni aku asyik terfikirkan kenangan zaman kanak2, kawan2 waktu skolah, manusia2 yang pernah menggembira & menyakiti hati aku, mak ayah yang dah tua, adik2 yang sedang mengira simpang tuju dalam hidup, amal ibadat yang macam habuk..... Haduiii, inilah penangannya bila sekali hati aku yang baru nak baik ni berderai balik! Aku merasa tersangat malu sebenarnya. Bila dah terhantuk, baru nak teringat yang Di ATAS. Teruknya aku... Teruk. Tenat.
posted by areyoung at 4:41 PM
Semalam aku pi EMI - interbiu Brader Bandi Amuk. Walaupun nampak ganas, dia ni klaka gila. Dah la klaka... wangi tak ingat pulak tu! Camanapun mujo dia tak pakai topeng masa tengah interbiu. Kalau tak sah2 aku keliru sama ada tengah interbiu dia @ Kane. Jangan memain wo... topeng dia tu beli kat US tu! Limited edition lagik. Yea.. yearghhhh! Eh... baru aku teringat. Itu hari baru lepas cover FTG, pastu kat ofis lak aku baru lepas copy lagu Penasaran & Bintang Kehidupan versi Metal. Ni Metal lagi... adakah aku sedang dalam proses untuk memetalkan diri? Mungkin TIDAKKKK..... posted by areyoung at 12:58 PM
It Was U
And when people step out this redline i will never let them to go never laugh cos this is the dead end it is my end for its start to go... And when people step out this redline means no other place need to go let the future past in the mean time and the great night kill all alone... It was u .. call me and told me help me up and shine up my life it was u .. call me again till lonely it was u .. call me and told me blur my eyes and tell me to do it was u .. told me the lies i always do. Petikan Shizuka - Redline. Luv this song so much! posted by areyoung at 11:52 AM
Bila Cinta Menjadi Bosan
Semalam aku menangis mendengar kisah seorang kakak. 13 tahun dia bersabar. Selama itu juga dia menelan segala kemunafikan seorang suami. Aku memang kagum pada kakak. Dia meletakkan kemuliaan status seorang suami di atas kepala. Biarpun kesetiaan & kelembutannya berbalas cela & bohong, dia masih tersenyum. Dan seingat aku, aku tidak pernah mendengar mulutnya berkata selain yang indah2 sahaja apabila bercakap dengan manusia bernama suami yang penuh pura2 itu. Ada perempuan tak tenteram sebab dia rasa dikhianati di belakang. Tapi kakak ini, secara terang terangan disakiti. Dia sudah tidak tahu bagaimana sakitnya rasa ditoreh hingga berdarah kerana dia sudah rasa lebih dari itu. Mujurlah... kelembutannya menumpahkan 2 zuriat yang tahu menilai mama mereka. Akhirnya setelah 13 tahun menelan segalanya... memujuk hati sendiri... kakak mula dapat menilai cinta yang disangkanya cinta sejati ialah cinta bangang. Dan dia sudah penat. Sudah jelak merayu. Yang dia mahu hanya anak2. Biarkan lelaki itu bahagia bersama dunia yang dipilihnya. Tiada gunanya menggalas cinta sedangkan sepinya sendiri menanggung. Aku kagum padanya! Tapi... 13 tahun terlalu lama untuk keputusan sebesar ini. Mungkin kadangkala kesabaran membuahkan kemanisan untuk yang terpilih. Dan aku...? Minta dijauhkan aku dari melalui pengalaman seperit kakak kerana aku tak mungkin sesabarnya. posted by areyoung at 6:21 PM
Hari ini aku mengaku kalah. Tiada gunanya merungut kerana aku yang memilihnya begini. Kerana secubit amal, hari ini aku menjunjung sesalan sebesar dunia. Aku yang mempertaruhkan percaya demi menggapai impian aku ketika terluka waktu kecil dahulu. Dan sekarang... aku rupanya menoreh takdir sendiri. Sendiri luka, sendiri pedih. Sendiri faham, pandai2lah ubati!
Oh, jangan menangis aku. Kan aku tahu akhirnya pasti begini? posted by areyoung at 6:13 PM
Bukannya Aku Takut-TBK @ Tay Bay Ka
Ku tak peduli Bila ku benar-benar cinta... mati Ku tak peduli Ku memang begini Bila ku benar-benar cinta... mati Ku tak peduli Apa saja yang kau inginkan aku rela Bukannya aku takut akan kehilangan dirimu Tapi aku takut kehilangan cintamu Mungkin saja saat itu kau mempermainkan aku Seakan kau bisa membalas cintaku Kau takkan mengerti Yang selama ini aku rasakan... pasti Kau tak peduli Bila saja yang kuinginkan kamu rela P/s : Tima kasih 8ooo,ooox utk Saudara Cenderawasih! posted by areyoung at 6:49 PM
Masuk hari ni dah seminggu batuk aku tak baik2. Adui... tensen wo. Tambah tensen pulak bila niat aku nak amik cuti minggu ni terbantut mengenangkan aku ada assignment hari ni. Patutnya la... tapi tak jadi lak. Hampaih! Tensen tul aku! Kalau tak mungkin aku dah berada kat Langkawi skarang ni... sob!sob!
posted by areyoung at 1:26 PM
Senandung Malas Sedunia
Aku tengok kat mug depan aku ni. Asap Milo berkepul2 naik. Panas ni kalau aku minum skang, fikir aku. Tapi aku tak cuba minum pun pasal nak angkat cawan pun aku malas. Kat pantry nun aku dengar aunty tengah godek cawan bancuh air. Bunyi sikit punya ganas... macam nak pecah cawan! La... hampeh ah. Sapa tah terbalikkan pokok orkid depan sound pc aku ni. Nanti tak nampak la kertas tertulis Exotic Orchid tu... tak suka la aku. Orkid ni sehari lepas aku taruk kat atas meja itu hari... aku gi tengok cite Buli. Eh, orkid cam kat atas meja aku tu ada kat dalam cite ni la. Kebetulan yg kecik, tapi aku suka... :) Aku nampak Wana pegi kat photostate machine kat sebelah aku, amik kertas yg dia baru print. Nak turun? Aku tanya dia. Aku tanya 2 patah, dia jawab doploh patah. Malas la aku nak cakap dah. Aku terus pandang balik pc kat depan aku ni. Tekak aku sakit... hidung dah setat berair... kepala dah pusing... macam nak demam aje? Ada gak terfikir nak tido ngan slamba cam Irfan tu tapi segan ah. Aku nengok Alia pun dah melentokkan kepala kat atas meja... yg kat belakang2 sana aku tak tau ah. Wan pun ada cakap dia nak gi tido kat surau tadi. Sejuk2 ni makan megi pun besh jugak, tapi malas ah nak turun gi beli kat kedai india kat bawah ni. Oh.. untung la toke kedai kat bawah ni. Sejak opis kitowang pindah sini, ada aje yang turun gi beli junk food kat kedai dia. Apa lagi yg aku nak buat dalam keadaan yg dingin, tak selesa, monyok & tonyok camni ah? Malas... malas... hari ini adalah hari malas sedunia!Muahahaha..... posted by areyoung at 4:13 PM
Al-hamdulillah... syukur la aku takyah gi utara esok. Puspa tak jadi pergi sebab ada masalah peribadi. Dia soh aku on je... ajak member2 aku sapa yang nak pegi. So aku pun ajak Zuzi... tapi zuzi nak balik kampung minggu ni. Nak ajak Liza, dia pun balik SP gak minggu ni. Hmm... Zuzi... Liza... Zuzi... Li.. eh tu aje ke member rapat yang aku ada pun? Isk! Isk! Isk!
Baru aku pasan... lepas aku berenti dari keje lama dulu aku dah tadak member rapat dah nak ajak gi huha huha. Nak jadik tempat berkongsi perasaan lagi la... Inilah takdir sorang manusia yang tak mesra macam aku kot...? posted by areyoung at 1:04 PM
Awak ingat saya degil tak pernah menyahut bila dipanggil Awak fikir saya tipu saya diam bila dah jemu Hakikatnya awak tak tahu dada ini sarat ngan rindu..... posted by areyoung at 10:02 AM
Al-hamdulilah... sume artikel dah siap dah. Hari ni bermula ngan besh & harap2 akan sampai ke petang la cegini keadaannya. Sebenarnya kengkadang tu aku takut nak ceria2 sangat. Pasalnya sejak kecik lagi kalau aku hepi sesangat, kang mesti ongtua aku sound 'ha...sonok! sonok! Kang nangis kang...' Ayat tu dah jadik cam sumpahan plak kat dalam idup aku ni. Malah masa aku darjah satu dulu, aku takut nak sonok2 sebelum masuk kelas. Masa tu aku skolah sesi tengah hari jadi sebelum masuk kelas biasanya aku ngan kengkawan main batu seremban ke... main zirofine (lompat getah), main congkek bontot ayam (yg baling kayu pastu kira balik tu).... yang aku perasan, kalau aku seronok sangat & gelak sampai selop, kang masuk kelas kang mesti aku ada slek ngan cikgu, kena berdiri atas kosi @ kena rotan. Itu dula la... tak tau sama ada mende tu kebetulan @ pesanan ongtua kat aku tu memang betul.
Malam smalam aku gi makan kat restoran vegetarian di Midvalley. Annalakshmi ke hapa tah namanya! Selalunya kalau aku nempel masa Dr Z entertain client mesti dapat makan besh2 skit... tapi semlm cam hampeh. Abih client tu datang dari India, pastu makan lak vegetarian... terpaksa la makan kat restoran Vegetarian India. Semalam first time dalam idup aku ni aku jumpa mushroom masak gulai! Hahaha... at least makanan kat situ masuk gak dalam tekak aku ni. Dasar omnivor... Nazri bagi aku pinjam novel A. Patria, Kota Arialun & Petua Azkram. Wo... Best! Best! Semlm tak sempat baca, malam ni aku mesti baca. Buku2 ni mengingatkan aku kat zaman kanak2 aku dulu. Bila aku pegang aje buku tu dari tangan Nazri, aku rasa cam dapat bau balik bau buku2 kat library masa aku darjah 4 dulu. Aku jugak cam terasa2 sejuknya lantai simen tempat aku suka menempel sambil baca buku tu kat satu sudut umah. Dulu aku slalu ingat zaman kanak2 aku tak best sangat. Tapi rupa2nya camana tak best pun bagi kita kenangan lama tu, ia akan tetap manis apabila dikenang semula..... :) posted by areyoung at 10:38 AM
Di Ambang Misteri Yang Hampeh
Masa aku sampai ngan zuzi screening dah nak setat sangat dah. Sian zuzi... dia ingat dapatlah duduk kat sebelah Arn tapi mamat tu gi buat tak reti duduk sebelah member dia plak. Hapa la ko Arn... dah bagi peluang tak nak gunakan! Berbalik pada cite ni... Ia bermula ngan sekumpulan wartawan gi siasat kat pulau (aku lupa dah nama pulau tu~ tapi nama tu memang cam nama yg slalu org guna kat dalam buku teks skolah). Kat pulau tu banyak no kematian misteri yang berlaku & diorang ni sume kena siasat la apa puncanya. Satu yang membuatkan cite ni awal2 lagi dah slek... ada sorang amoi yg jadik ketua Natasha ( Elaine Daly& mamat lagi 2 orang tu) buleh kuarkan dialog cam cite Latin kat tv tu. Mulut ngan dialog tak selari. Ei... dah nak buat filem tu cubalah amik berat sikit mende2 camni. Walaupun kecik aje mistake tu, tapi cukup untuk buatkan orang nyampah nak tengok cite Melayu! Aku bukanlah prejudis sangat, tapi filem ni bagi aku tak dibuat ngan acuan yang betul. Watak berbangsa cina cuba dimelayukan, dan yang melayu dah macam cina lak aku tengok. Tapi tahniah la kat Raja Azri yang berjaya ngan lawak2 dia kat dalam cite ni. Malah sepandai2 si Zamarul Hisham tu berlakon, tenggelam gak dia ngan watak Raja Azri dalam cite ni. Aku gak pasti kalau watak Elaine diberikan kat Ellie Suriati ke... Umi Aida ke... cite ni akan lebih real. Bukan Elaine tak boleh berlakon, tapi rasanya pembawakan karakter dia tak berkembang ngan baik & sempurna dalam cite ni. Lepas tu yang aku tak puas hati tu... ending dia buleh si Zamarul Hisham @ Cook (nama pun tah hapa2 tah) pi terjun bukit bunuh diri. Dia cakap dah tak ada apa yang tinggal untuk dia hidup. Potak dia... dalam cite tu dia kan org islam. Walau pun ini bukan cite agama, tapi sensitiviti kena jaga gak. Anyway ada 2 yang bagus bagi aku filem ni. Pertama dia mampu membuatkan aku tutup mata masa hantu perempuan muncul & yang kedua... aku sukakan idea penyebab misteri dalam cite ni. Kiranya idea tu boleh diterima akal la. Eh lupa lak aku nak tulis satu mende yang lawak dalam cite ni selain daripada kes amoi yang tak brapa reti cakap melayu tu. Ada satu babak dalam cite ni, kononnya nak bagitau la camana boleh munculnya antu pompuan kat pulau tu. Pompuan tu kononnya penduduk org asli yg kena rogol ngan mat saleh masa tengah mandi (yg ko gi menyeksi sengsorang wat apa?!) & akhirnya diikat kat pokok masa tengah sarat mengandung sebab kehamilannya tak dapat diterima oleh kaumnya. Tak kisahlah kalau pompuan ni sebenarnya muncul dalam halusinasi pun... yang aku tak dapat terima tu... masa kena tangkap pompuan tu menjerit dlm bahasa orang asli 'Lepaskan akuk! Lepaskan akuk!' tapi bila dah kena tambat kat pokok dia boleh menyumpah dalam bahasa Melayu yang sungguh lancar sekali! Dah la tu... perut dia yang memboyot tu ketara mara berpetak kesan bantal. Muahaha... Pastu... watak pompuan asli tu dibawak oleh sorang pelakon Cina! Muahahahaa... (aku ketawa lagi ngan penuh penyesalan pasal datang screening ni). Adusss.. cubalah buat real sikit! Lagi satu pendapat aku, cite yang diuar2kan menggunakan teknologi digital cam cite Matrix ni sungguh digital sekali. Nak tau sejauh mana ke-digital-an cite ni... cubalah tengok kalau berani. Ish...ish...ish... matrix pun tak sebanyak tu mengaplikasikan teknologi ni dalam cite dia. (?) Tapi nak wat camana kan, keje tetap keje. Next week aku ditugaskan pi Di Ambang Misteri punya promosi bergerak kat utara ngan Puspa. Oh.... tiba2 aku merasa sungguh klaka sekali! posted by areyoung at 5:14 PM
Muahaha... dalam dok sibuk2 tak sempat nak antar artikel untuk isu ni, sempat lagi aku mc ari Jumaat itu hari. Dan dalam dok mc2 tu sempat lagi aku pegi sungai petani. Muahahaha (sekali lagi).
Apa yang best kat Sg Petani yek? Mm... satu yang membuatkan aku terperanjat gile ialah rega makanan kat sana. Mak ai.. murah gile! Makan nasik lemak 3 bungkus, Nasi campur lauk gulai, ikan bakar, roti kosong, air milo ais 5 gelas cuma RM11.20 aje. Wauuu! Tapinya aku ke sana sekejap aje. Hari Sabtu dah balik KL semula. Saja pi sana tengok tapak futsal tempat Dr Zek nak bukak. Kat sana memang banyak kilang, market agak luas gak la, tapi aku tak tau la ia akan jadik bermusim @ tak. Ikut pendapat aku, baik dia take over futsal kat Carrefour tepi highway tu aje. Dah sah2 ada customer! Hari Sabtu ingat nak datang ofis tapi badan letih sangat. Abang ajak balik Pahang tapi aku cakap ada date la hari Ahad. Haha... date ke hapa... dah tentu aku dah janji ngan Zuzi & Liza nak gi mandi kat Wet World. Kalau tak kitowang nak gi lepak Genting, tapi memandangkan zuzi ni susah sangat nak berenggang ngan balaks dia terpaksalah kitowang gi huha huha kat area dekat2 aje. Isk! Sabtu malam kitowang gi beli baju mandi Sofea. Pastu balik tu gi lepak kat uptown. Orang ramai sangat la pulak... terus tukar rancangan gi Putrajaya. Masa on the way ke sana tu, ada plak keta ikut kitowang. Dah la si Liza ni bawak keta kekadang tu cam kena rasuk... last2 kitowang parking kat depan balai polis Puchong. Barulah keta tu tak ikut kitowang dah... Ahad... pukul doblas barulah memasing bangun. Diorang sibuk nak mandi tapi aku malas. Ye la... apa guna mandi kalau dah nak pergi mandi? Lagipun kalau mandi kang takde la feel bila kena air kang. Malangnya sampai aje kat shah alam, ujan pun turun. Zuzi sibuk dok marah aku. Dia cakap pasal aku tak mandi la ujan turun. Ah lantak ah! Last2 kitiwang pedulikkan ujan... pedulikkan kilat... sume turun mandi. Yahuuu....! Tapi Zuzi sekali lagi hangin pasal baru aje dia pi sewa pelampung, brader gad soh sume orang naik atas pasal ujan makin lebat & kilat ngan guruh berdentum dentam. Muahahaa... buat rugi 7 inggit aje! Kitowang plan nak gi Gunung Ledang @ Cherating plak nanti. Harap2 jadik la! posted by areyoung at 4:46 PM
|