![]() |
![]() |
![]() |
|
:) ~ Ari Lasso-Potret-Sebelum Ujan-Puisi-Balkoni-Jolie... :( ~ Sarkastik-Mee goreng mamak-Rumput basah... ********************
Album:
********************
Kwn
********************
Bes
********************
Yang Lepas2...
********************
Gloomy Day!
~*~
********************
Makasih
******************** -Lagu Kesyukaan- Olif-Tentang Rasa web counter |
|
Ngeh.. ngeh... artikel wassup dah siap. Legaaa... malam ni kang nak gi tengok screening Diambang Misteri kat KLCC ngan zuzi. Mementang la cite Melayu, sorang pun tak hingin nak pegi. Tak pa ah.. mana tau kot2 besh ke kali ni & at least ada aktiviti gak malam ni...
posted by areyoung at 1:23 PM
Hala... pasal la aku ngantuk sangat hari ni?! Hadui... Jumaat ni dah dateline tapi artikel lagi 4 tak siap. HUk aloh la weh....
posted by areyoung at 5:17 PM
Monolog Semalam
AKU merasa hati seperti disiat~perlahan tapi pedih. Tangan tak henti menggeletar. aku cuba relaks. Jangan ikutkan emosi sangat, aku berbisik lembut. AKU cuba mendengar bisikan lirih & ikhlas aku tapi tak berdaya. Mungkin kerana perasaan seperti ini dah agak lama terpendam, ia tak mampu dikekang akhirnya apabila ia sudah termuntah. Penipuan. Khianat. Bosan. Hipokrit. Sarkastik. Kenapa tak kamu tusuk saja jantung ini daripada buat aku seperti dibakar hidup-hidup? Sudah hilangkah segala misteri yang kamu sangka indah untuk kamu jejak dari aku? Ini bukan soal semalam. Ini bukan kisah tipu itu. Ini adalah cerita sesal yang kamu titip di hati aku sejak bertahun. Ini adalah dialog kecewa yang terpokah kerana itu. Dalam sedu kamu kisahkan pincang hidup hingga aku merintih bersama~ buat aku percaya segala- hari ini kamu heret aku dalam kotak kelam~ dan jadilah aku seorang yang diam. Indah tapi palsu. Tapi percayalah. Aku bukan lagi AKU yang sewenangnya meletakkan batu galas ke atas belakang seseorang. Dan aku takkan memilih untuk bersuara demi memaut dahan. Bukan sejak semalam. Bukan sejak sebelum semalam. Bukan kerana tipu itu. Tapi kerana kamu telah memberi aku teladan dari kisahmu. Mungkin itu ironinya kita tetap bersama. posted by areyoung at 9:22 AM
Nak Jadik Apa?
Menanti memang payah kerana aku mudah resah bagimu segalanya mudah sebab kamu susah nak kesah Keliru sangat pedih kamu tak faham aku merintih sedang aku ditusuk jerih kamu fikir aku tak akan beralih Angan kian kelabu Sabar ini membakar aku.... posted by areyoung at 1:03 PM
Selagi Ada Cinta....
Telah ku lakukan semuanya kasih Telah ku korbankan segalanya Namun ku sendiri tak pernah mengerti Apa yang engkau fikirkan Apa yang engkau inginkan Ku tahu kau tak pernah setia (kasih) Ku tahu diriku tak bererti Namun ku sendiri tak pernah mengerti Apa yang engkau fikirkan Apa yang engkau inginkan Selagi ada cinta dihatiku Selagi ada rindu yang membara Selagi air mata ini mengalir Kau tetap di hati ini Cintamu tetap di hati Selagi ku mampu bertahan kekasih Jangan sampai cinta tiada lagi Jika memang cinta tiada lagi (kasih) Tinggalkan aku sendiri .. Tinggalkan cintamu kasih .. Selagi ada cinta di hatiku Selagi ada rindu yang membara Selagi ku mampu bertahan kasih Ku terima segalanya Walau hatiku merana .. .. posted by areyoung at 6:37 PM
Aku suka membaca... dan menulis jugak. Masa kecik2 dulu pembacaanlah yang membuatkan dunia aku masa tu jadik warna warni. Mungkin boleh gak diakui zaman kanak2 aku taklah menarik sangat... & buku membuatkan aku rasa lebih dari org lain. Sayangnya.... minat membaca tu tak tumpah kat buku pelajaran, tapi lebih pada buku2 cite. Buku tebal pertama aku baca... 'Satu Tahun 3 Bulan'(lebih kuang gitu a tajuknya).
Pedulikkan penanda wacana, aku rasa besh gile bila Fajar Online mengingatkan aku kat buku2 A. Patria Abdullah. Oh... aku pun minat gile kat buku2 tu sume. Nak2 Puteri Alindalia! Dah besar (tapi tak brapa panjang) begini, aku still suka menulis. Tapi masalahnya aku mengidap sejenis penyakit keturunan yang tak membolehkan aku bergiat aktif menulis (sekurang2nya macam Saudara Vovin ngan cite Teja-nya). Satu yang spesel pasal menulis ngan dunia aku ni... menulis boleh jadi dadah bila aku sedih. (Masa hepi aku memang tak ingat apa2 dah!). Bila aku sedih... lelah... tenat... satu suntikan perasaan akan membuatkan aku normal balik. Maka beg aku pun selalu penuh ngan kertas tah apa2 tah... berisi coretan & luahan perasaan tak puas hati aku... tak kira la kat sesapa @ apa2 mende pun. Al-hamdulillah... akhirnya ada saluran yang betul untuk aku menulis & takde sapa akan marah kalo aku tak nak menulis (kecuali cikgu blog aku. Hi..). Tak payahlah aku membazirkan kertas & seterusnya menyumbang kepada penebangan pokok yang digunakan untuk buat kertas tu lagi kan... Kepada rakan2 aku @ sesapa saja yang tak memasal2 bukak aku punya blog ni... sila ambil perhatian ye... di sini bukan satu tempat yang cerdik untuk korang luangkan masa & aku pun lagi suka kalo takde sesapa masuk kat sini. Jangan cakap apa2.... jangan komen pape.... jangan... jangan.... P/S Oh ya... sakit keturunan yang aku maksudkan tu ialah MALAS! posted by areyoung at 5:21 PM
Nazri asyik dok tanya bila aku nak update blog ni. Adui... bukan aku tak nak sebenarnya, tapi tu lah dia. Ni pun baru abis antar last artikel...
Anyway tq sebab bersaba sepanjang proses pengajaran berjalan ye cikgu. Hi..... posted by areyoung at 5:12 PM
Mimpi Malam Semalam
Menunggu pujuk sebelum lelap bantal lencun dada pun penuh ngilu mahu tak usai duka tambah kejap... sungguhnya hidup berbayang kesal mimpi semalam melata berteleku mengadap kisah anak2ku berdoa bila mata terbuka kaki masih kering ..segalanya menyakitkan aku! 05.11 pm Tasik Selatan posted by areyoung at 6:06 PM
|